KRONOLOGI PENGHINAAN KEATAS RASULULLAH S.A.W
6:18 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
.:: 1988 ::.
Salman Rushdie menghina Nabi saw dalam karyanya “The Satanic Verses”.
Kerajaan British menganugerahkan pengurniaan pingat ‘Knigh Bachelor’ (membawa gelaran Sir) kepada penulis novel ‘Surah Syaitan’ kelahiran India, Salman Rushdie dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Penulis buku “ The Satanic Verses” yang menghina Islam dan Rasulullah SAW menerima anugerah tersebut dalam satu majlis sempena ulangtahun kelahiran Ratu Elizabeth II yang ke-81.

Ia satu tindakan yang menghina Islam kerana tindakan tersebut sebagai tanda kerajaan Britain berbangga dengan pencapaian buku “The Satanic Verses”. Seharusnya ia tidak dipersetujui oleh umat Islam seluruhnya, kerana melambangkan betapa sensitiviti kita dalam beragama terus cuba diperkotak katikkan oleh musuh Islam.


Salman Rusdie, 60, anak seorang Muslim dilahirkan di Bomby pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja Jhon Conon kemudian di King Kolej, Cambridge.


Pada tahun 1988 dia menulis novel ‘The Satanic Versus (surah Syaitan) yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.


Pada 14 Febuari 1989 pemimpin Rupblik Islam Iran, Ayotullah Khomieni mengeluarkan fatwa supaya Salman Rusdie dihukum bunuh, Sejak itu Salman tidak muncul di khalayak ramai dan bersembunyi di Britain.


.:: 1990-an ::.

Taslima Nasreen (warga Bangladesh) menghina Nabi saw dalam karyanya dan hidup mewah hasil jualan karyanya.

Haidar Bin Haidar (syria bermustautin di Mesir) memasukkan keluarga Nabi sebagai watak dalam novelnya dan menghina mereka.
Seorang editor akhbar “nigeria This Day” telah menghina Nabi dalam kolumnya dengan mengatakan Nabi akan membenarkan pertandingan ratu cantik di Nigeria dan memilih salah seorang sebagai isterinya.


.:: 1997 ::.

Tatyana Suskin (wanita yahudi) membuat dan menyebarkan 20 poster yang menghina Islam dan nabi , antaranya gambar seekor babi.


.:: 2000 ::.

Farish Noor menulis artikelnya “Let Islam lead the way with its progressive View on Sexuality” dalam New Straits Times menghina Nabi.


.:: 2002 ::.

Islama Daniel (jurnalis Nigeria) menulis tentang Rasul dan Miss World. Pertandingan itu adalah untuk memperlekehkan pelaksanaan syariah Islam di Nigeria.


.:: 2004 ::.

Theo Van Gogh (producer filem) menghina Islam dan Nabi saw dalam sebuah dokumentari atas dasar kebebasan berkarya.


.:: 2005 ::.

Akhbar Denmark “Jylands Posten” menerbitkan kartun Nabi sebagai pengganas yang tidak berakhlak.Akhbar2 dari Jerman, Perancis, Belanda, Itali dan Sepanyol turut mengeluarkan kartun yang sama untuk menyokong tindakan akhbar denmark itu.

“Sarawak Tribune” menyiarkan kartun menghina Nabi .

“Guang Ming Daily’ mengeluarkan foto akhbar yang menyiarkan karikatur itu.

“New Straits Times” menyiarkan kartun lain yang menghina Islam dan Nabi saw.


.:: 2007 ::.

Salman Rushdie mendapat gelaran “ SIR” dari kerajaan British atas karyanya “The Satanic Verses”
JOM IKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W
5:47 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
Antara 7 perkara selalu di amalkan oleh RASULLALLAH S.A.W.


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah s.a.w selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah s.a.w selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasulullah s.a.w : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah s.a.w selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karana marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6.OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan kesan yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::


wallahu'alam....