Alhamdulillah bersyukur pada Ilahi diatas nikmat kurniaanNya yang masih memberikan nikmat kehidupan di dunia ini. Berakhir sudah pentadbiran PMRAM 2009 setelah pengumuman dibuat oleh Tuan Presiden PMRAM 2009 diatas pembubaran kabinet PMRAM pada 13 April 2010. Sedih dihati amat dirasai sekelian mereka yang bergelar Badan Pengurus PMRAM termasuk saya. Umpama bak kata Us Muiz mantan Presiden PMRAM 2009, kehidupan sebagai badan pengurus amatlah pelik sekali, benarlah apa yang diperkatakan olehnya, yang lebih pelik ialah ukhwah sesama Badan Pengurus yang cukup rapat. Setahun saya bergelar Badan Pengurus PMRAM amat banyak pengalaman, didikan, tarbiyah serta cabaran yang saya dapat, hanya ucapan jutaan terima kasih pada us Muiz Presiden PMRAM 2009, saf kepimpinan Badan Pengurus, AJKT HEWI PMRAM, kekanda Penasihat PMRAM, tidak dilupakan juga sahabat-sahabat DPM Mansurah yang banyak memberi sokongan, Us Adham, Us Amirul, Us Amir Hamzah, Us Zahimie dan lain2 lagi. Khusus buat isteri tercinta Nor Ashikin binti Abdul Hamid yang sentiasa memahami perjuangan abang, serta semua ahli PMRAM yang sentiasa menjadi pendukung PMRAM, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Terima kasih juga pada DPM angkat iaitu DPM Dumyat serta BKAN Wilayah Persekutuan, saya memohon maaf seandainya sepanjang saya menjadi Badan Pengurus saya ada buat salah dan silap serta kekurangan pada kalian semua. Semoga Allah memberi kekuatan pada kita semua dan terus istiqomah dalam jemaah Islam. Buat sahabat-sahabat yang kekal dan baru memenangi pilihanraya umum PMRAM bagi merebut jawatan Badan Pengurus, saya mengharapkan agar kalian bersabar dalam setiap apa jua cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi. Ingatlah tugas sebagai pemimpin bukan satu mainan, tetapi ianya adalah amanah yang diberi oleh Allah. Jadilah seorang yang mempunyai jiwa besar dalam memimpin PMRAM. Akhirnya saya tujukan ucapan pada semua mantan Badan Pengurus 2009 kekalkanlah ukhwah kita semua, agak sedih bila teringat gelagat serta gurauan yang menyeronokkan hati seperti gurauan Us Malik, Us Zuhaili, Us Jamal, Us Amal, Us Azlan serta mantan-mantan yang lain. Buat kawan-kawan yang suka pada projek A4 jangan lupa pada saya kalau nak sambugn projek tersebut, begitu juga kalau ada buat gerak gembur lontaran jalur pun jangan lupakan saya.
Jiwa Besar Terasi Dasar... kita PMRAM.
Muhammad Labib Abd Jalil Mantan Badan Pengurus PMRAM 2009.
Hari ni 26 mac 2010, adalah hari yang bermakna buat orang yang tersayang iaitu isteriku. walaupun berjauhan jarak tapi hati tetap dekat. sempena hari kelahiran zaujati, abg ucapkan selamat hari lahir yang ke 24, moga dengan ulang kelahiran ni diiringi dengan azam yang baru, abg doakan agar nur dipanjangkan umur, dimurakan rezki serta Allah memberi kepada kita zuriat yang soleh dan solehah.. sebagai hadiah tengok video ni...
Zaujati, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati. Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Semoga perpisahan sementara ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah.. Dan dengan cinta itu nanti semoga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.
Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit. Sayangku,Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.
YaAllah...
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.
“YaRahim…
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”
“YaRahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”
“YaRabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”
Zaujati yg dikasihi, Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisa kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah,, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkan masih bertemu. Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan sementara ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan Allah semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.
Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.
Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.
Sayang…
bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.
Syukur kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.
Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah! Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.
Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek: “Sesungguhnya kita kepunyaan Allah,, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.
Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.
Nukilan buat zaujati tercinta detik PJJ (jarak jauh)...tanpa pertemuan demi ilmu, perjuangan dan masa depan bersama. Hanya air mata yang mengalir dan doa syahdu kepada Ilahi saat kerinduan pada suami dan keluarga bertamu. Berdoa agar Allah menukarkan kerinduan kepada suami dan ibubapa kepada rindu pada Allah…
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pusat dibawah kepimpinan Ustaz Nasarudin Tantawi diatas kesungguhan membanteras perkara mungkar dan mengajak kepada makruf dengan melancarkan kempen anti zina, arak dan pergaulan bebas. Kesungguhan ini sepatutnya perlu dicontohi oleh semua umat Islam khususnya muda mudi.
skuad pemuda dalam operasi anti zina, arak dan pergaulan bebas
Masalah gejala sosial dan pergaulan bebas bukan satu perkara yang baru dan ianya sangat sukar dibendung. Masalah ini bukan hanya merebak dikalangan manusia yang tidak punya didikan agama, bahkan ianya merebak dikalangan manusia yang punya didikan agama yang cukup mantap. Terbaru pada malam valentine day, PMRAM telah membuat operasi mengajak kepada makruf dan jauhi kemungkaran.Operasi ini telah dibantu oleh Unit Hisbah PMRAM bersama-sama dengan jawatankuasa Unit Hisbah serta beberapa orang Badan Pengurus PMRAM termasuk Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz terlibat dalam Operasi Valentine Day (Ops Valentine).
Hal ini membuktikan pihak PMRAM sangat serius dan komited dalam mengekang gejala sosial yang kian membarah dikalangan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia sama ada Pengajian Islam mahupun Perubatan.
Dalam Ops Valentine tersebut, terdapat sebilangan pasangan yang dilihat di beberapa tempat serta tindakan telah diambil oleh pihak PMRAM dengan memberikan nasihat dan amaran serta mengedarkan risalah kepada mereka yang terbabit. Hal ini menunjukkan bahawa masalah sosial sangat parah merebak dikalangan anak muda mudi Islam bahkan ianya merebak dikalangan mahasiswa mahasiswi pengajian Islam di Mesir.
Sebagai mahasiswa Islam saya mengharapkan agar kita semua sedar bahawasanya kita adalah mahasiswa yang merupakan insan yang terpilih bakal menjadi agen perubah masyarakat, amat malang jika kita tidak punya kesedaran untuk berubah dari masalah gelaja sosial, kerana tanpa perubahan dan kesedaran kita akan gagal dalam menjadi agen perubah masyarakat.
"Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat berpotensi menjadi kubu kuat PMRAM" mungkin ini lah ungkapan yang sesuai kepada DPM Dumyat, setelah 2 hari (13 - 14 feb) saya dan BP zuhaili serta wakil dari PMC PMRAM saudara bazli menghabiskan masa turun padang bersama ahli. Dalam siri lawatan ini saya dan BP Zuhaili berkesempatan menerjah beberapa rumah ahli serta ajkt DPMD dan membuat program ramah mesra bersama ahli DPMD.
terjah rumah Pengerusi DPMD
terjah rumah ahli
Selaku BP angkat DPMD saya telah membicarakan secara ringkas berkenaan mahasiswa dan cabaran masa kini, banyak penekanan dan pembaharuan perlu diperhatikan kepada mahasiswa dalam menghadapi cabaran semasa. 3 aspek sebagai langkah persediaan mahasiswa dalam menghadapi cabaran semasa ialah pengukuhan iman, penghijrahan dan jihad. Manakala BP Zuhaili pula membicarakan berkenaan kisah Talut dan Jalut berkenaan golongan-golongan yang terpilih walau sedikit tapi mampu mengalahkan tentera yang ramai. Di dalam program ini juga kami mendapat respon dan maklum balas yang baik semasa sesi soal jawab diadakan, kebanyakan ahli DPMD memberi pandangan berkenaan hala tuju PMRAM pada sesi akan datang, ahli DPMD juga bersetuju untuk menyalurkan bantuan sukarelawan HISBAH bagi membantu PMRAM dalam misi dakwah mencegah maksiat dan menyeru kepada amar maaruf.
salam for all.. setelah habis exam, saya tidak berkesempatan untuk meng'update'kan blog ini, almaklumlah bz yang teramat sangat..pada entri kali ini saya hendak mengucapkan 3 tahniah..
Pertama ucapan tahniah kepada akhi Abdul Kadir yang telah mengakhiri zaman terunanya dengan ikatan pernikahan dengan pasangannya Syaidatul Syakila (kalau x silap nama).
ketaq je akhi kadir ni time akad nikah
Kedua ucapan tahniah kepada PMRAM yang telah berjaya menganjurkan program bersama Syeikh Fadhil Al Tilani Al Jailani satu-satunya "pentahqiq" Tafsir Jailani.
Ketiga ucapan tahniah kepada DPM Mansurah kerana berjaya menganjurkan Bazaria 10 dengan meriahnya.
salah satu gerai di bazaria DPMM
Nampaknya habis je exam banyak program diadakan kenduri kahwin, kelas tafaqquh, hari keluarga dan banyak lagi..
KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.
Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.
Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.
Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.
Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.
Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.
Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.
Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.
Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.
“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.
“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.
“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.
Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semoga kedatangan tahun baru hijrah dapat memberikan faedah dan pengertian yang bermakna dalam hidup kita supaya kita semua menjadi hamba yang bertakwa kepada Allah swt.
إن أكرمكم عند ألله أتقاكم
“ Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu di sisi ALLAH adalah orang yang paling bertaqwa “ Suruh Al Hujurat Ayat 13.
Marilah kita sentiasa mentajdidkan niat kita agar kita menjadi manusia yang cemerlang dan berguna kepada keluarga, masyarakat dan Islam. Bukan menjadi insan yang suka menjadi duri dalam daging yang suka memusnahkan kehidupan sesama Islam. Kerana setiap apa yang kita lakukan akan disoal diakhirat kelak. Firman Allah swt:
وابتغ فيمآ ء آتاك الله الدار الأخرةولا تنس نصيبك من الدنيا
Maksudnya “ Dan carilah dengan apa yang telah ALLAH datangkan untuk kehidupan Akhirat dan jangan kamu lupa nasib kamu daripada dunia “ Surah Al Qasos ayat 77.
Salam.. Tatkala keboringan diwaktu hening malam yang sunyi selepas membelek kitab seperti biasa ana bermain internet, so belayarlah ana menuju beberapa destinasi ilmu dgn menggunakan hujung jari, akhirnya ana terbaca satu destinasi yang punya entri tentang us dzul khairi ex pres GAMIS bina masjid.. Bila lihat wajah us Dzul ana teringat kali pertama bertemu diwaktu sama2 menjadi penceramah di UTHM pada ramadhan bru2 ni, cume us dzul sesi pagi ana sesi ptg so sempat ana mendgr ceramahnya. dari segi raut wajahnya pada pandangn pertama mcm garang, serius dan syadid tp bile dgr ceramahnya lawak juga.. mungkin blum terlmbt utk ana dan zaujah mengucapkan selamat pengantin baru moga bahgia, dimurahkan rezki dan trus istiqomah dgn perjuangan...
“Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kajahatan).” (al-Balad: ayat 10)
“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggung-jawabkan).” (al-Qiyamah: ayat 36)
Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya. Firman Allah SWT: maksudnya;
“Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahaja dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya.” (al-Mu’minun: ayat 115-116)
Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya. Orang yang telah ditarik oleh cahaya hidayah-Nya. Mereka telah meneroka dengan pandangan mereka segala kabus yang telah menutup kealpaan dan kelalaian mereka selama ini. Seterusnya mereka tahu akan marhalah-marhalah perjalanan dan melangkah menuju ke matlamatnya. Firman Allah SWT: maksudnya;
“Maka segeralah kembali mentaati Allah . Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmmu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan (Ilah) yang lain di samping Allah.Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu.” (az-Zariyat: ayat 50-51)
Apa sahaja yang menyebabkan manusia terpesong daripada sampai kepada-Nya, atau mengubah serta menyelewengkan manusia daripada menghadap-Nya, atau memisahkan manusia daripada bergantung serta berharap kepada-Nya, sama ada berupa hawa nafsu yang menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka semua itu adalah ilah-ilah selain daripada-Nya. Firman Allah SWT: maksudnya;
"Kedua-dua jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya".
“Maka apakah orang-orang yang beriman sama dengan orang-orang yang fasiq (kafir)? Mereka tidak sama. Ada pun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan adapun orang-orang yang fasiq, maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka: "Rasakan siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya.” (As-Sajadah: ayat 18-20)
“Apakah patut Kami jadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (al-Qalam: ayat 35-36)
“Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh sama dengan orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Patutkah pula Kami menganggap orang- akupun termasuk orang-orang yang menunggu bersama kamu”. Kemudian Kami selamatkan para Rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajipan atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”(Yunus: ayat 102-103)
Sesungguhnya hati itu berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Firman Allah SWT: maksudnya;
“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”(Yusuf: ayat 21)
Firman Allah SWT dalam al-Hadith al-Qudsi (yang bermaksud):
“Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (kekasih-Ku), Aku telah mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada cara bertaqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada Ku yang lebih Ku sukai melainkan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang Ku fardhukan kepadanya. Namun sentiasa hamba-Ku itu berusaha mendekatkan diri kepada Ku dengan melakukan hal-hal yang sunat sehingga Aku pun mencintai (mengasihi)nya. Apabila dia telah Aku cintai, Akulah pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul keras dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon kepada Ku, Aku akan kurniakan dan jika dia memohon perlindungan Ku, Aku akan melindunginya. Dan tidak pernah Aku ragu-ragu pada sesuatu di saat Aku akan melakukannya seperti ragu-Ku untuk mengambil jiwa orang mu’min yang enggan mati sedangkan Aku tidak suka mengganggunya.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)-
Usrah/smart circle/muzakarah berkelompok merupakan tunjang sesuatu jemaah ataupun persatuan. Kalau usrah kemas dan berjalan dengan baik natijahnya kesatuan dalam jemaah atau kumpulan itu kuat dan kukuh, tetapi kalaulah perjalanan usrah itu lembab dan tak bermaya, akan lahirnya kumpulan yang lemah dan tak berkembang.
Kepentingan usrah ini tidak dinafikan lagi kerana apabila kita lihat pada awal perjuangan Rasulullah s.a.w., baginda sangat mengambil berat tentang usrah di samping baginda berjalan dalam keadaan yang sirri (senyap). Ini dapat dilihat apabila Rasulullah memilih bait Arqam bin Arqam sebagai tempat usrah. Arqam ini seorang budak kecil yang memang tidak dijangka oleh orang kafir bahawa Rasulullah melaksanakan usrah di rumahnya. Kita lihat ini satu taktik atau sirriah yang dibuat oleh baginda.
Kepentingan usrah ini jelas lagi bilamana pejuang-pejuang Islam sebelum kita melihat proses usrah yang dibuat oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Apabila kita membaca perjalanan usrahnya, kita dapati beliau sangat mengambil berat terhadap anak buahnya. Boleh dikatakan beliau akan bertemu dengan anak buahnya setiap hari walaupun cuma beberapa minit, tidak kira malam, pagi-pagi buta, atau sebagainya kerana prinsip beliau yang amat penting sekali sekadar bertemu mata antara dengan anak buah akan menimbulkan rasa ukhuwah dan semangat yang kuat dalam berjuang. Proses seperti inilah yang harus kita ambil contoh dalam kita mengendalikan perjalanan usrah.
Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.
Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.
"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.
Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.
Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.
Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.
Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.
Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.
Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.
Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.
Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".
"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.
Nasrudin berkata, menuduh PMRAm sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.
Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.
Alhamdulillah secara sah ana telah menjadi suami kepada Nor Ashikin binti Abd hamid tepat jam 2 petang pada 26 september 2009 bersamaan 6 syawal 1430 hijrah bertempat di masjid batu 5 sik. kepada sahabat dan sahabiat yang mengenali diri ini kalian dijemput hadir ke majlis rumah terbuka eidulfitri dan majlis kesyukuran walimahtul urus pada 17 oktober 2009 di rumah ana di alamat kg batu 2, tebuk pulai, 45200 sabak bernam, selangor atau hubungi 019-3453609.
Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) kali ke 17 pada 3 ogos 2009 (semalam). Sudah menjadi kewajipan apabila MAT diadakan maka bertukarlah wajah serta corak kepimpinan DPMM, maka berakhirlah saya sebagai Setiausaha Agung DPMM. Maka dikesempatan ini saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada seluruh saf kepimpinan ahli jawatankuasa tadbir serta ahli jawatan kuasa HEWI sesi lepas serta seluruh warga Mansurah. Saya mengharapkan agar kita semua laksanakan apa yang telah kita putuskan dalam MAT kali ke 17. Ingatlah pesanan Ustaz Amirul Hasim Pengerusi DPMM sesi 2009/2010 yang mengharapkan agar kita semua menjadi pendokong DPMM bukan hanya sekadar penyokong. Ingatlah DPMM adalah persatuan dan ejen penyatuan mahasiswa/wi Islam serta persatuan dakwah dan tarbiyyah Islam, maka sewajibnya kita bantu serta mendokongi DPMM. Buat calon ajkt/h yang kalah jangan kalian rasa kekalahan itu sebagai tanda kegagalan, kalian la insan yang sanggup berkorban serta memberi semangat kepada ahli DPMM untuk menjadi pendokong DPMM. Kalau dilihat pada keadaan tahun sebelum ini, amat sukar kita mencari calon di DPMM, tetapi pada tahun ini ianya sudah menunjukkan positif dan mudah kita mencari calon, bahkan ramai ahli berlumba-lumba yang menginginkan membuat perubahan kerana mereka cintakan DPMM. Buat calon yang menang, ingatlah menjadi pemimpin bukan suatu perkara yang mudah, kalian merupakan imam, sesat imam itu maka sesatlah makmum kalian. Ingatlah menjadi pemimpin bukan hanya mendapatkan tasyrif (kemuliaan) tetapi ianya adalah taklif (tanggungjawab). Saya yakin kepimpinan yang baru ini mampu untuk membuat perubahan kearah positif dan saya mengharapkan jadikan alQuran dan Hadis sebagai sumber rujukan bukan hanya sekadar akal fikiran yang logik sahaja. InsyaAllah saya cuba dengan sedaya mampu saya untuk menjadi pendokong DPMM.
yang berlalu itu kita biar, yang mendatang kita tangani dengan cemerlang.
salam perjuangan, Muhammad Labib Abd Jalil No PMRAM : 17700
Setelah berminggu-minggu saya tidak update blog ni kerana kesibukan serta berada di luar kawasan yang menyukarkan saya untuk mendapatkan internet.
Pejam celik, saya baru perasan yang sebenarnya saya hampir pencen sebagai AJKT DPM Mansurah. oooh Tuhan sesungguhnya masa itu amat lah singkat. Sedih rasanya..
carta organisasi DPM Mansurah 2007/08
Terimbau kembali kenangan yang tidak dapat dilupakan, 13 september 2007 Muhammad Labib Abd Jalil kad pengenalan bernombor 870510-43-5215 telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) sesi 2007/2008. Satu perkara yang tidak pernah saya mimpi dan tidak pernah saya jangka. inilah kali pertama saya diamanahkan sebagai Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan (UPEP). satu jawatan yang mencabar diri saya. walaupun saya pada awalnya saya menolak jawatan ini kerana pada masa itu saya merasakan bahawa saya bukan la orang yang layak untuk memegang amanah itu dan saya juga merasakan saya bukan orang yang tergolong sebagai cerdik pandai. Oleh kerana sahabat dan sahabiat seperjuangan saya memberi keyakinan dan semangat kepada saya akhirnya saya terima amanah ini dengan hati yang redha.
Tempoh setahun 2007-2008 sungguh mencabar dan mengajar saya erti kesabaran. Tempoh itulah saya dibantu 2 orang puteri yang sentiasa memberi sokongan serta semangat itulah Ustazah Baizurah Ibrahim (k.unit Pengetahuan HEWI) dan Ustazah Nurul Iman Hashim (K.Unit Pendidikan HEWI).mereka berdua inilah yang banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam UPEP. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka berdua serta saf kepimpinan AJKT/H sesi 2007/2008, moga jasa kalian semua menjadi wasilah untuk berjaya di dunia dan di akhirat.
13 september 2008 menunjukkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) DPM Mansurah kali ke 16, pada masa ini saya berada di malaysia. telah menjadi kewajipan apabila tiba MAT pembubaran akan dilakukan bagi membari ruang kepada ahli untuk memilih kepimpinan baru. saya merasakan itu adalah kali terakhir saya sebagai AJKT, namun sangkaan saya meleset lagi. kali ini pemilihan saya sebagai AJKT adalah melalui sistem kekal mengikut keputusan mesyuarat AJKT. kali ini saya di amanahkan sebagai sayap kiri kepada Pengerusi DPMM iaitu Setiausaha Agung DPMM. Dalam sejarah saya bukan seorang manusia yang berminat menulis, mengurus pejabat dan seumpamanya, namun kerana disebabkan keyakinan sahabat dan sahabiat seperjuangan terhadap saya akhirnya saya menerima amanah ini.
carta organisasi DPM Mansurah 2008/09
Alhamdulillah saya kurang 1 bulan 10 hari untuk genap tempoh setahun saya sebagai setiausaha agung, banyak nikmat pengalaman yang dapat saya kecapi dan tunjuk ajar dari sahabat sahabiat khususnya Ustazah Solehah Harun setiausaha HEWI 2007 sehingga 2009, insan ini cukup banyak membantu saya dalam apa jua permasalahan dalam Jabatan Setiausaha Agung berdasarkan pengalaman beliau yang cukup luas sebagai setiausaha. Juga tidak dilupakan ustaz Amirul Hasim, Ustaz Alif serta saf kepimpinan AJKT/H yang banyak membantu hamba, semoga segala jasa kalian diberbaki oleh Allah swt serta mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Ingatlah nikmat kepimpinan sebenarnya sukar dikecapi oleh semua orang kerana ianya adalah pilihan serta amanah yang di pertanggungjawabkan oleh Allah swt kepada kita. Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah swt telah memilih saya menjadi salah seorang pemimpin walaupun pada dasarnya saya bukan orang yang layak untuk menjadi pemimpin dan saya tidak pernah terbayang serta bermimpi untuk menjadi pemimpin mahasiswa di Mesir. Namum kesemua ini adalah ketentuan Allah swt sehingga saya dipilih sebagai Anggota Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sesi 2009. walaupun dalam keadaan yang sama saya masih menjadi setiausaha agung DPM Mansurah. Dua jawatan yang telah diamanahkan ini menjadi tanda tanya sahabat-sahabat seperjuangan, adakah enta mampu? bagaimanakah enta nak study? dimanakah sumber kewangan yang enta dapat sehingga sanggup berulang alik Mansurah kaherah? inilah persoalan yang yang sering ditujukan kepada saya. Tetapi kita perlu ingat jika kita bantu agama Allah pasti Allah akan bantu kita. dengan keyakinan ini, alhamdulillah saya telah dibantu oleh Allah swt dengan kejayaan dalam pelajaran serta rezeki yang melimpah ruah. 2006/2007 saya mula menjejaki Universiti Al Azhar dan sekarang berada di tahun akhir dan insyaAllah harapan doa dari sahabat-sahabat supaya saya dapat menghabiskan Ijazah Pertama pada 2010.
Buat sahabat-sahabat sebenarnya menjadi pemimpin bukan menghalang untuk kita berjaya dalam pelajaran, bahkan dalam kepimpinan kita dapat menambahkan thaqafah serta tarbiyyah. ingat lah dalam satu hadis Rasullah saw:
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
maksudnya: " barang sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan umat Islam bukanlah mereka dikalangan umat Islam".
27 Jun - Peserta-peserta Rehlah Tabadul Thaqafi II Ke Turki dijadualkan berangkat pada jam 1.40 tengahari di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dan kemudian ditunda sejam selepas itu. Presiden PMRAM 2009, saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad telah mengiringi para peserta ke lapangan terbang sebelum mereka berangkat ke Turki. Juga mengiringi beliau, Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan, saudara Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan dan Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah, saudara Muhammad Labib bin Abd Jalil. Presiden mengingatkan kepada para peserta rehlah supaya dapat mengambil manfaat daripada rehlah tersebut dan bukanlah hanya sekadar pergi melancong. Beliau juga mengingatkan kepada para peserta agar menjaga kesihatan sepanjang rehlah memandangkan jadual perjalanan yang padat ditambah pula dengan virus selesema H1N1 yang semakin menular di Eropah. Beliau menasihatkan kepada peserta rehlah supaya dapat memberi kerjasama sepanjang berada di sana dan setiasa menepati masa yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang permasalahan daripada berlaku.
Pihak PMRAM telah melantik saudara Mohd Hafizul Akhbar Bin Abdul Rahman sebagai ketua rombongan pada kali ini dan juga diiringi oleh Ustaz Muhammad Nafi', wakil Markaz Nil yang akan bertanggungjawab sebagai pemudah cara apabila para peserta tiba di sana. Para peserta rombongan dijadualkan akan tiba semula di Kaherah pada 4 Julai 2009.
Muhammad Labib Bin Abd Jalil, was born on 10/5/1987 in Sabak Bernam, studied in Maahad Tahfiz Ummul Qura and connect school lessons in Sek Men Ugama Arab Khairiah. Now 4 years in the Arabic Language Course at Universiti Al-Azhar of Egypt, He is the Great Setiausaha Agung Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah 2008/2009 and Badan Pengurus of PMRAM 2009.
ZIKRAYAT EPISOD 6
-
ZIKRAYAT EPISOD 6
(Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya
saya di Kuala Lumpur)
Nama penyampai dan penerbit radio ...
Amalan Puasa sebagai Pengubat Jiwa
-
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menterjemah risalah
yang ditulis oleh Imam al-Ghazali (wafat pada 505 H) yang merupakan petikan
dar...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan pun...
Haram Berlaku Zalim Terhadap Kaum Yang Lain
-
Keadilan Islam adalah mutlak tanpa mengira kaum dan keadaan, kerana itu
Islam merupakan agama yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa, malah Islam
tidak ...
Lama Betul Tidak Menulis
-
Sangat lama saya tak menulis di dada blog ni.. Macam-macam perkara yang
membuntuti saya sehingga tidak dapat mengaktifkan blog peribadi.. Harap
lepas ni sa...
Anak anugerah dari Allah
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Bagaimana kehidupan seharian dengan anak-anak? Bertambah baik atau
tidak? Harapnya ibu-ibu sentiasa bahagia di s...
SYURGA ITU KEKAL ATAU AKAN MUSNAH??
-
Allah berfirman di dalam Al Quran pada surah Ar Rahman ayat 26 dan 27,
كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ
وَٱلۡإِك...
Ramadhan Karim
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
قال تعالى : يأيها الذين ءامنو كتب عليكم الصيام كما كتب
على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Bermaks...
-
Salam syg saya ucapkan kpd anda yg sudi singgah ke 'teratak' usang sy ini.
Sudah terlalu lama rasanya sy tidak menulis di blog ini. Kali terakhir sy
menuli...
Sabarlah wahai Us Jamal
-
ISMAILIYAH 12 Oktober - Satu kejadian kemalangan motosikal telah berlaku di
lebuhraya daripada Kaherah ke Ismailiyah. Kejadian yang berlaku pada jam
10.30 ...
Allah Wujud Tiada Bertempat..
-
Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung
mensyarahkan ayat;
وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف:84
Maksudnya ...