Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman: "Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!
Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"
Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..
Sorry is such easy word to say but it's not an easy word to accept it, but when we've mistake, it's only the best word to say..I don’t think there’s anything I can say here that I haven’t said to u already. But I’d like to say it again in a more articulate manner with the hope that I might reiterate how truly sorry I am... I cannot retract what I said. I can only offer infinite apologies....i've my own reason for that...u know that already...i will never let u fall..i'll be there for u through it all..even if saving u send me through heaven..Do the best for the last paper...May Allah blessing u..
“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.
Selesai sudah muktamar bagi Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak PAS. Banyak isu yang dibincangkan, lebih-lebih lagi isu kepimpinan, peneraju ulamak dalam kepimpinan tertinggi PAS khususnya Presiden, Tim Presiden dan salah seorang Naib Presiden. Kupasan dari Dewan Ulamak memang cukup menarik, banyak perbahasan ilmiah dibincangkan, motivasi kepimpinan khususnya ulamak-ulamak dalam PAS, seperti ucapan mantan Ketua Dewan Ulamak yang lepas pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pusat kali ke-48, beliau menyeru agar "Ulama memiliki jati diri dengan kelengkapan yang mantap seperti ilmu menerusi tarbiyah dan kemahiran untuk menerajui kepimpinan dan perubahan dalam parti dan negara".
Begitu juga perbahasan didalam Muktamar Dewan Muslimat yang mana banyak perbahasan yang menyuntik semangat dalam berjemaah seperti ucapan perwakilan dari Terengganu berkata, "Untuk menyemarakkan perjuangan, muslimat perlu bekerja dan sebagai pimpinan dan aktivis, muslimat perlu mengubah diri sendiri dahulu bersungguh-sungguh, memantapkan akidah, akhlak dan ibadah bagi mengubah minda Malaysia sekarang".
Tidak ketinggalan juga suntikan semangat dari Muktamar Dewan Pemuda kali ke 50 seperti ucapan terakhir dari mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Saudara Salahudin Ayub "Ada ramai sahabat yang mungkin memuji kita siang dan malam, tapi tidak ramai sahabat yang berani mengkritik kita. Bersabarlah kita dalam menerima teguran dan jangan malu untuk menambah ilmu yang kita ada"
Kalau kita bandingkan dengan Perhimpunan Agung Umno 2009, adakah mereka membincangkan kepimpinan ulamak? adakah mereka membincangkan persoalan jihad untuk Islam? adakah mereka membincangkan soal akhlak, akidah serta ibadah? semua ini amat jauh sekali untuk diperbincangkan, yang banyak diperbincang soal ketuanan melayu. Bahkan dalam perhimpunan tersebut berlakunya rasuah, penyelewengan serta perebutan kuasa. Bahkan ada perwakilan yang memburuk-burukkan pelajar Al Azhar khususnya yang menjadi kepimpinan PMRAM serta ahli PMRAM sehingga mencadangkan agar biasiswa Pelajar tersebut ditarik semula, ini merupakan suatu cadangan yang agak lucu kerana kerajaan tidak memberikan biasiswa kepada mahasiswa/wi yang mengambil pengajian Islam di Uni Al Azhar.
Beza Pemuda PAS dan Pemuda UMNO, jom saksikan video dibawah, kemudian fikir-fikirkan..
Dalam coretan kali ini, saya ingin menceritakan kisah seorang pejuang agama Allah SWT yang mempunyai keteguhan prinsip untuk menegakkan kalimah Allah. semoga dengan cerita ini kita dapat mengambil tauladan serta pengajaran supaya kita menjadi insan yang teguh dengan prinsip yang suci.
Siapa yang tak kenal Bilal bin Rabah, walaupun beliau seorang hamba tapi berliau juga seorang pejuang. Bilal seorang budak belian berkulit hitam asal Habasyah (sekarang Ethiophia) yang kemudiannya Allah SWT mengangkat darjatnya kerana keIslamannya. Kemuliaan Bilal bin Rabah dapat kita lihat dalam satu kisah ketika Rasulullah SAW meminta Bilal menemuinya, lalu Rasulullah SAW berkata; “sesungguhnya aku telah mendengar suara terompah Bilal di syurga” sedangkan pada waktu itu Bilal masih hidup. Hal ini adalah disebabkan amalannya yang sentiasa berapda dalam keadaan bersuci dan berwhuduk. Kerana setiap kali Bilal berhadas Bilal akan terus berwhuduk dan solat sunat.
Dalam menjalani kehidupan awal keIslamannya tidaklah mudah bagi Bilal kerana beliau telah diseksa dan dizalimi olej majikannya yang sentiasa memaksanya untuk kembali kepada agama asal Bilal iaitu sebagai penyembah berhala. Majikannya itu ialah Umayyah, beliau memaksa Bilal keluar dari Islam dengan segala cara. Pada siang yang terik, Bilal dipaksa memakai baju besi kemudian ditanam dalam pasir sehingga paras lehrnya yang mana pasir tersebut sangat panas.
Bilal juga sering dipaksa Umayyah untuk berbaring telentang di atas pasir yang sangat panas. Kemudian tubuh Bilal ditindih dengan batu yang sangat besar dan berat. Bilal juga diikat lehernya dan diheret ke kota Mekkah. Namun Bilal tetap bertahan dengan berkata "Ahad, Ahad."
Suatu hari Saidina Abu Bakar RA melalui tempat di mana bilal sedang menjalani penyiksaan, lalu Abu bakar meminta kepada Umayah untuk menjual Bilal kepadanya. Akhirnya Bilal pun di beli oleh Abu Bakar dengan harga yang tinggi kerana Umayah merasa rugi untuk menjual Bilal kepada Abu bakar. Segera setelah di beli Abu Bakar Bilal pun di bebaskan.
Satu pengajaran dan teladan untuk kita meniru dari kisah seorang pejuang yang bernama Bilal. Dimana keteguhannya untuk mempertahankan agama Allah serta mempertahan prinsipnya untuk menegakkan kalimat Allah SWT. Ingatlah, jangan kita abaikan prinsip kita dan mengabaikan Syariat Allah SWT kerana disebabkan ujian yang sedikit didunia ini. Janganlah meninggalkan kalimat Allah SWT atau meninggalkan Syariat Allah SWT untuk mendapatkan sesuatu yang dianggap yang boleh menguntungkan kita yang bersifat sementara.
Dah 3 tahun ikuti muktamar PAS secara online... al maklumlah duk Mesir.. walaupun duk Mesir saya pun sentiasa mengikuti muktamar.. tapi muktamar PMRAM la.. kedua2nya tetap seronok.. berbanding dgn perhimpunan Agung **** yang terlalu banyak rasuah, semata2 tergilakan jawatan.. Muktamar PAS tahun ni pula cukup menyeronokkan dengan ada pemilihan pimpinan baru... semoga para perwakilan dapat mengundi dan memilih pemimpin yang terbaik walaupun kesemua calon adalah yang terbaik... walaupun tak dapat hadirkan diri dalam muktamar tahun ini.. saya nak ucapkan SELAMAT BERMUKTAMAR kepada semua para pejuang Islam samada yang menjadi perwakilan mahupun pemerhati... Takbir...
jom saksikan ucapan Timb Presiden pada Muktamar kali ke 53
Muhammad Labib Bin Abd Jalil, was born on 10/5/1987 in Sabak Bernam, studied in Maahad Tahfiz Ummul Qura and connect school lessons in Sek Men Ugama Arab Khairiah. Now 4 years in the Arabic Language Course at Universiti Al-Azhar of Egypt, He is the Great Setiausaha Agung Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah 2008/2009 and Badan Pengurus of PMRAM 2009.
ZIKRAYAT EPISOD 6
-
ZIKRAYAT EPISOD 6
(Zikrayat ialah sebuah program menceritakan insan penting sepanjang kerjaya
saya di Kuala Lumpur)
Nama penyampai dan penerbit radio ...
Amalan Puasa sebagai Pengubat Jiwa
-
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menterjemah risalah
yang ditulis oleh Imam al-Ghazali (wafat pada 505 H) yang merupakan petikan
dar...
Debat .. Islamikkah Ia ?
-
Sudah lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi
sangat lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan pun...
Haram Berlaku Zalim Terhadap Kaum Yang Lain
-
Keadilan Islam adalah mutlak tanpa mengira kaum dan keadaan, kerana itu
Islam merupakan agama yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa, malah Islam
tidak ...
Lama Betul Tidak Menulis
-
Sangat lama saya tak menulis di dada blog ni.. Macam-macam perkara yang
membuntuti saya sehingga tidak dapat mengaktifkan blog peribadi.. Harap
lepas ni sa...
Anak anugerah dari Allah
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Bagaimana kehidupan seharian dengan anak-anak? Bertambah baik atau
tidak? Harapnya ibu-ibu sentiasa bahagia di s...
SYURGA ITU KEKAL ATAU AKAN MUSNAH??
-
Allah berfirman di dalam Al Quran pada surah Ar Rahman ayat 26 dan 27,
كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ
وَٱلۡإِك...
Ramadhan Karim
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
قال تعالى : يأيها الذين ءامنو كتب عليكم الصيام كما كتب
على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Bermaks...
-
Salam syg saya ucapkan kpd anda yg sudi singgah ke 'teratak' usang sy ini.
Sudah terlalu lama rasanya sy tidak menulis di blog ini. Kali terakhir sy
menuli...
Sabarlah wahai Us Jamal
-
ISMAILIYAH 12 Oktober - Satu kejadian kemalangan motosikal telah berlaku di
lebuhraya daripada Kaherah ke Ismailiyah. Kejadian yang berlaku pada jam
10.30 ...
Allah Wujud Tiada Bertempat..
-
Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung
mensyarahkan ayat;
وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف:84
Maksudnya ...