Memohon maaf pada semua
7:50 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
Kenangan terakhir dalam MAT kali ke 17
Salam sejahtera..

Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) kali ke 17 pada 3 ogos 2009 (semalam). Sudah menjadi kewajipan apabila MAT diadakan maka bertukarlah wajah serta corak kepimpinan DPMM, maka berakhirlah saya sebagai Setiausaha Agung DPMM. Maka dikesempatan ini saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada seluruh saf kepimpinan ahli jawatankuasa tadbir serta ahli jawatan kuasa HEWI sesi lepas serta seluruh warga Mansurah. Saya mengharapkan agar kita semua laksanakan apa yang telah kita putuskan dalam MAT kali ke 17. Ingatlah pesanan Ustaz Amirul Hasim Pengerusi DPMM sesi 2009/2010 yang mengharapkan agar kita semua menjadi pendokong DPMM bukan hanya sekadar penyokong. Ingatlah DPMM adalah persatuan dan ejen penyatuan mahasiswa/wi Islam serta persatuan dakwah dan tarbiyyah Islam, maka sewajibnya kita bantu serta mendokongi DPMM. Buat calon ajkt/h yang kalah jangan kalian rasa kekalahan itu sebagai tanda kegagalan, kalian la insan yang sanggup berkorban serta memberi semangat kepada ahli DPMM untuk menjadi pendokong DPMM. Kalau dilihat pada keadaan tahun sebelum ini, amat sukar kita mencari calon di DPMM, tetapi pada tahun ini ianya sudah menunjukkan positif dan mudah kita mencari calon, bahkan ramai ahli berlumba-lumba yang menginginkan membuat perubahan kerana mereka cintakan DPMM. Buat calon yang menang, ingatlah menjadi pemimpin bukan suatu perkara yang mudah, kalian merupakan imam, sesat imam itu maka sesatlah makmum kalian. Ingatlah menjadi pemimpin bukan hanya mendapatkan tasyrif (kemuliaan) tetapi ianya adalah taklif (tanggungjawab). Saya yakin kepimpinan yang baru ini mampu untuk membuat perubahan kearah positif dan saya mengharapkan jadikan alQuran dan Hadis sebagai sumber rujukan bukan hanya sekadar akal fikiran yang logik sahaja. InsyaAllah saya cuba dengan sedaya mampu saya untuk menjadi pendokong DPMM.

yang berlalu itu kita biar, yang mendatang kita tangani dengan cemerlang.

salam perjuangan,
Muhammad Labib Abd Jalil
No PMRAM : 17700

Saya hampir pencen????
3:29 PM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
salam sejahtera...

Setelah berminggu-minggu saya tidak update blog ni kerana kesibukan serta berada di luar kawasan yang menyukarkan saya untuk mendapatkan internet.

Pejam celik, saya baru perasan yang sebenarnya saya hampir pencen sebagai AJKT DPM Mansurah. oooh Tuhan sesungguhnya masa itu amat lah singkat. Sedih rasanya..

carta organisasi DPM Mansurah 2007/08

Terimbau kembali kenangan yang tidak dapat dilupakan, 13 september 2007 Muhammad Labib Abd Jalil kad pengenalan bernombor 870510-43-5215 telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) sesi 2007/2008. Satu perkara yang tidak pernah saya mimpi dan tidak pernah saya jangka. inilah kali pertama saya diamanahkan sebagai Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan (UPEP). satu jawatan yang mencabar diri saya. walaupun saya pada awalnya saya menolak jawatan ini kerana pada masa itu saya merasakan bahawa saya bukan la orang yang layak untuk memegang amanah itu dan saya juga merasakan saya bukan orang yang tergolong sebagai cerdik pandai. Oleh kerana sahabat dan sahabiat seperjuangan saya memberi keyakinan dan semangat kepada saya akhirnya saya terima amanah ini dengan hati yang redha.

Tempoh setahun 2007-2008 sungguh mencabar dan mengajar saya erti kesabaran. Tempoh itulah saya dibantu 2 orang puteri yang sentiasa memberi sokongan serta semangat itulah Ustazah Baizurah Ibrahim (k.unit Pengetahuan HEWI) dan Ustazah Nurul Iman Hashim (K.Unit Pendidikan HEWI).mereka berdua inilah yang banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam UPEP. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka berdua serta saf kepimpinan AJKT/H sesi 2007/2008, moga jasa kalian semua menjadi wasilah untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

13 september 2008 menunjukkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) DPM Mansurah kali ke 16, pada masa ini saya berada di malaysia. telah menjadi kewajipan apabila tiba MAT pembubaran akan dilakukan bagi membari ruang kepada ahli untuk memilih kepimpinan baru. saya merasakan itu adalah kali terakhir saya sebagai AJKT, namun sangkaan saya meleset lagi. kali ini pemilihan saya sebagai AJKT adalah melalui sistem kekal mengikut keputusan mesyuarat AJKT. kali ini saya di amanahkan sebagai sayap kiri kepada Pengerusi DPMM iaitu Setiausaha Agung DPMM. Dalam sejarah saya bukan seorang manusia yang berminat menulis, mengurus pejabat dan seumpamanya, namun kerana disebabkan keyakinan sahabat dan sahabiat seperjuangan terhadap saya akhirnya saya menerima amanah ini.


carta organisasi DPM Mansurah 2008/09

Alhamdulillah saya kurang 1 bulan 10 hari untuk genap tempoh setahun saya sebagai setiausaha agung, banyak nikmat pengalaman yang dapat saya kecapi dan tunjuk ajar dari sahabat sahabiat khususnya Ustazah Solehah Harun setiausaha HEWI 2007 sehingga 2009, insan ini cukup banyak membantu saya dalam apa jua permasalahan dalam Jabatan Setiausaha Agung berdasarkan pengalaman beliau yang cukup luas sebagai setiausaha. Juga tidak dilupakan ustaz Amirul Hasim, Ustaz Alif serta saf kepimpinan AJKT/H yang banyak membantu hamba, semoga segala jasa kalian diberbaki oleh Allah swt serta mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Ingatlah nikmat kepimpinan sebenarnya sukar dikecapi oleh semua orang kerana ianya adalah pilihan serta amanah yang di pertanggungjawabkan oleh Allah swt kepada kita. Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah swt telah memilih saya menjadi salah seorang pemimpin walaupun pada dasarnya saya bukan orang yang layak untuk menjadi pemimpin dan saya tidak pernah terbayang serta bermimpi untuk menjadi pemimpin mahasiswa di Mesir. Namum kesemua ini adalah ketentuan Allah swt sehingga saya dipilih sebagai Anggota Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sesi 2009. walaupun dalam keadaan yang sama saya masih menjadi setiausaha agung DPM Mansurah. Dua jawatan yang telah diamanahkan ini menjadi tanda tanya sahabat-sahabat seperjuangan, adakah enta mampu? bagaimanakah enta nak study? dimanakah sumber kewangan yang enta dapat sehingga sanggup berulang alik Mansurah kaherah? inilah persoalan yang yang sering ditujukan kepada saya. Tetapi kita perlu ingat jika kita bantu agama Allah pasti Allah akan bantu kita. dengan keyakinan ini, alhamdulillah saya telah dibantu oleh Allah swt dengan kejayaan dalam pelajaran serta rezeki yang melimpah ruah. 2006/2007 saya mula menjejaki Universiti Al Azhar dan sekarang berada di tahun akhir dan insyaAllah harapan doa dari sahabat-sahabat supaya saya dapat menghabiskan Ijazah Pertama pada 2010.

Buat sahabat-sahabat sebenarnya menjadi pemimpin bukan menghalang untuk kita berjaya dalam pelajaran, bahkan dalam kepimpinan kita dapat menambahkan thaqafah serta tarbiyyah. ingat lah dalam satu hadis Rasullah saw:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

maksudnya: " barang sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan umat Islam bukanlah mereka dikalangan umat Islam".