2:17 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL



salam 2 all,

Alhamdulillah bersyukur pada Ilahi diatas nikmat kurniaanNya yang masih memberikan nikmat kehidupan di dunia ini. Berakhir sudah pentadbiran PMRAM 2009 setelah pengumuman dibuat oleh Tuan Presiden PMRAM 2009 diatas pembubaran kabinet PMRAM pada 13 April 2010.
Sedih dihati amat dirasai sekelian mereka yang bergelar Badan Pengurus PMRAM termasuk saya. Umpama bak kata Us Muiz mantan Presiden PMRAM 2009, kehidupan sebagai badan pengurus amatlah pelik sekali, benarlah apa yang diperkatakan olehnya, yang lebih pelik ialah ukhwah sesama Badan Pengurus yang cukup rapat.
Setahun saya bergelar Badan Pengurus PMRAM amat banyak pengalaman, didikan, tarbiyah serta cabaran yang saya dapat, hanya ucapan jutaan terima kasih pada us Muiz Presiden PMRAM 2009, saf kepimpinan Badan Pengurus, AJKT HEWI PMRAM, kekanda Penasihat PMRAM, tidak dilupakan juga sahabat-sahabat DPM Mansurah yang banyak memberi sokongan, Us Adham, Us Amirul, Us Amir Hamzah, Us Zahimie dan lain2 lagi. Khusus buat isteri tercinta Nor Ashikin binti Abdul Hamid yang sentiasa memahami perjuangan abang, serta semua ahli PMRAM yang sentiasa menjadi pendukung PMRAM, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Terima kasih juga pada DPM angkat iaitu DPM Dumyat serta BKAN Wilayah Persekutuan, saya memohon maaf seandainya sepanjang saya menjadi Badan Pengurus saya ada buat salah dan silap serta kekurangan pada kalian semua. Semoga Allah memberi kekuatan pada kita semua dan terus istiqomah dalam jemaah Islam.
Buat sahabat-sahabat yang kekal dan baru memenangi pilihanraya umum PMRAM bagi merebut jawatan Badan Pengurus, saya mengharapkan agar kalian bersabar dalam setiap apa jua cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi. Ingatlah tugas sebagai pemimpin bukan satu mainan, tetapi ianya adalah amanah yang diberi oleh Allah. Jadilah seorang yang mempunyai jiwa besar dalam memimpin PMRAM.
Akhirnya saya tujukan ucapan pada semua mantan Badan Pengurus 2009 kekalkanlah ukhwah kita semua, agak sedih bila teringat gelagat serta gurauan yang menyeronokkan hati seperti gurauan Us Malik, Us Zuhaili, Us Jamal, Us Amal, Us Azlan serta mantan-mantan yang lain.
Buat kawan-kawan yang suka pada projek A4 jangan lupa pada saya kalau nak sambugn projek tersebut, begitu juga kalau ada buat gerak gembur lontaran jalur pun jangan lupakan saya.

Jiwa Besar Terasi Dasar... kita PMRAM.



Muhammad Labib Abd Jalil
Mantan Badan Pengurus PMRAM 2009.


selamat hari lahir buat isteri tersayang
12:33 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
salam for all,

Hari ni 26 mac 2010, adalah hari yang bermakna buat orang yang tersayang iaitu isteriku. walaupun berjauhan jarak tapi hati tetap dekat. sempena hari kelahiran zaujati, abg ucapkan selamat hari lahir yang ke 24, moga dengan ulang kelahiran ni diiringi dengan azam yang baru, abg doakan agar nur dipanjangkan umur, dimurakan rezki serta Allah memberi kepada kita zuriat yang soleh dan solehah.. sebagai hadiah tengok video ni...

Warkah Cinta Buat Isteri Tercinta
4:52 PM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL


Warkah cinta seorang suami buat isteri tercinta

Keribaan isteriku sayang,

Zaujati, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati. Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Semoga perpisahan sementara ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah.. Dan dengan cinta itu nanti semoga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.

Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.
Sayangku,Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.

YaAllah...

Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.

“YaRahim…

Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”

“YaRahman…

Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”

“YaRabbi…

Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”

Zaujati yg dikasihi,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisa kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah,, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkan masih bertemu.
Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan sementara ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan Allah semata.
Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.

Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.

Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sayang…

bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.

Syukur kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.

Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!
Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah,, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.

Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.


Nukilan buat zaujati tercinta detik PJJ (jarak jauh)...tanpa pertemuan demi ilmu, perjuangan dan masa depan bersama. Hanya air mata yang mengalir dan doa syahdu kepada Ilahi saat kerinduan pada suami dan keluarga bertamu. Berdoa agar Allah menukarkan kerinduan kepada suami dan ibubapa kepada rindu pada Allah…
muhasabah bagi orang yang leka
11:25 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
jom kita perhatikan video ini, kemudian mari kita berfikir bagaimana keadaan kematian kita nanti......



Gejala sosial yang semakin parah
1:37 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL

salam for all,


Firman Allah swt:
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".

Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pusat dibawah kepimpinan Ustaz Nasarudin Tantawi diatas kesungguhan membanteras perkara mungkar dan mengajak kepada makruf dengan melancarkan kempen anti zina, arak dan pergaulan bebas.
Kesungguhan ini sepatutnya perlu dicontohi oleh semua umat Islam khususnya muda mudi.

skuad pemuda dalam operasi anti zina, arak dan pergaulan bebas

Masalah gejala sosial dan pergaulan bebas bukan satu perkara yang baru dan ianya sangat sukar dibendung. Masalah ini bukan hanya merebak dikalangan manusia yang tidak punya didikan agama, bahkan ianya merebak dikalangan manusia yang punya didikan agama yang cukup mantap. Terbaru pada malam valentine day, PMRAM telah membuat operasi mengajak kepada makruf dan jauhi kemungkaran.Operasi ini telah dibantu oleh Unit Hisbah PMRAM bersama-sama dengan jawatankuasa Unit Hisbah serta beberapa orang Badan Pengurus PMRAM termasuk Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz terlibat dalam Operasi Valentine Day (Ops Valentine).

Hal ini membuktikan pihak PMRAM sangat serius dan komited dalam mengekang gejala sosial yang kian membarah dikalangan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia sama ada Pengajian Islam mahupun Perubatan.

Dalam Ops Valentine tersebut, terdapat sebilangan pasangan yang dilihat di beberapa tempat serta tindakan telah diambil oleh pihak PMRAM dengan memberikan nasihat dan amaran serta mengedarkan risalah kepada mereka yang terbabit. Hal ini menunjukkan bahawa masalah sosial sangat parah merebak dikalangan anak muda mudi Islam bahkan ianya merebak dikalangan mahasiswa mahasiswi pengajian Islam di Mesir.

Sebagai mahasiswa Islam saya mengharapkan agar kita semua sedar bahawasanya kita adalah mahasiswa yang merupakan insan yang terpilih bakal menjadi agen perubah masyarakat, amat malang jika kita tidak punya kesedaran untuk berubah dari masalah gelaja sosial, kerana tanpa perubahan dan kesedaran kita akan gagal dalam menjadi agen perubah masyarakat.
DPM Dumyat berpotensi menjadi kubu kuat PMRAM
2:57 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
Salam for all
"Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat berpotensi menjadi kubu kuat PMRAM" mungkin ini lah ungkapan yang sesuai kepada DPM Dumyat, setelah 2 hari (13 - 14 feb) saya dan BP zuhaili serta wakil dari PMC PMRAM saudara bazli menghabiskan masa turun padang bersama ahli. Dalam siri lawatan ini saya dan BP Zuhaili berkesempatan menerjah beberapa rumah ahli serta ajkt DPMD dan membuat program ramah mesra bersama ahli DPMD.


terjah rumah Pengerusi DPMD


terjah rumah ahli

Selaku BP angkat DPMD saya telah membicarakan secara ringkas berkenaan mahasiswa dan cabaran masa kini, banyak penekanan dan pembaharuan perlu diperhatikan kepada mahasiswa dalam menghadapi cabaran semasa. 3 aspek sebagai langkah persediaan mahasiswa dalam menghadapi cabaran semasa ialah pengukuhan iman, penghijrahan dan jihad. Manakala BP Zuhaili pula membicarakan berkenaan kisah Talut dan Jalut berkenaan golongan-golongan yang terpilih walau sedikit tapi mampu mengalahkan tentera yang ramai. Di dalam program ini juga kami mendapat respon dan maklum balas yang baik semasa sesi soal jawab diadakan, kebanyakan ahli DPMD memberi pandangan berkenaan hala tuju PMRAM pada sesi akan datang, ahli DPMD juga bersetuju untuk menyalurkan bantuan sukarelawan HISBAH bagi membantu PMRAM dalam misi dakwah mencegah maksiat dan menyeru kepada amar maaruf.

mini usrah yang berjaya diadakan

3 tahniah
2:00 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
salam for all..
setelah habis exam, saya tidak berkesempatan untuk meng'update'kan blog ini, almaklumlah bz yang teramat sangat..pada entri kali ini saya hendak mengucapkan 3 tahniah..

Pertama ucapan tahniah kepada akhi Abdul Kadir yang telah mengakhiri zaman terunanya dengan ikatan pernikahan dengan pasangannya Syaidatul Syakila (kalau x silap nama).

ketaq je akhi kadir ni time akad nikah

Kedua ucapan tahniah kepada PMRAM yang telah berjaya menganjurkan program bersama Syeikh Fadhil Al Tilani Al Jailani satu-satunya "pentahqiq" Tafsir Jailani.

Ketiga ucapan tahniah kepada DPM Mansurah kerana berjaya menganjurkan Bazaria 10 dengan meriahnya.

salah satu gerai di bazaria DPMM

Nampaknya habis je exam banyak program diadakan kenduri kahwin, kelas tafaqquh, hari keluarga dan banyak lagi..