salam for all,
Firman Allah swt:
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٤
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pusat dibawah kepimpinan Ustaz Nasarudin Tantawi diatas kesungguhan membanteras perkara mungkar dan mengajak kepada makruf dengan melancarkan kempen anti zina, arak dan pergaulan bebas.Kesungguhan ini sepatutnya perlu dicontohi oleh semua umat Islam khususnya muda mudi.
Masalah gejala sosial dan pergaulan bebas bukan satu perkara yang baru dan ianya sangat sukar dibendung. Masalah ini bukan hanya merebak dikalangan manusia yang tidak punya didikan agama, bahkan ianya merebak dikalangan manusia yang punya didikan agama yang cukup mantap. Terbaru pada malam valentine day, PMRAM telah membuat operasi mengajak kepada makruf dan jauhi kemungkaran.Operasi ini telah dibantu oleh Unit Hisbah PMRAM bersama-sama dengan jawatankuasa Unit Hisbah serta beberapa orang Badan Pengurus PMRAM termasuk Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz terlibat dalam Operasi Valentine Day (Ops Valentine).
Hal ini membuktikan pihak PMRAM sangat serius dan komited dalam mengekang gejala sosial yang kian membarah dikalangan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia sama ada Pengajian Islam mahupun Perubatan.
Dalam Ops Valentine tersebut, terdapat sebilangan pasangan yang dilihat di beberapa tempat serta tindakan telah diambil oleh pihak PMRAM dengan memberikan nasihat dan amaran serta mengedarkan risalah kepada mereka yang terbabit. Hal ini menunjukkan bahawa masalah sosial sangat parah merebak dikalangan anak muda mudi Islam bahkan ianya merebak dikalangan mahasiswa mahasiswi pengajian Islam di Mesir.
Sebagai mahasiswa Islam saya mengharapkan agar kita semua sedar bahawasanya kita adalah mahasiswa yang merupakan insan yang terpilih bakal menjadi agen perubah masyarakat, amat malang jika kita tidak punya kesedaran untuk berubah dari masalah gelaja sosial, kerana tanpa perubahan dan kesedaran kita akan gagal dalam menjadi agen perubah masyarakat.
0 comments: