Salam sejahtera..
Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) kali ke 17 pada 3 ogos 2009 (semalam). Sudah menjadi kewajipan apabila MAT diadakan maka bertukarlah wajah serta corak kepimpinan DPMM, maka berakhirlah saya sebagai Setiausaha Agung DPMM. Maka dikesempatan ini saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada seluruh saf kepimpinan ahli jawatankuasa tadbir serta ahli jawatan kuasa HEWI sesi lepas serta seluruh warga Mansurah. Saya mengharapkan agar kita semua laksanakan apa yang telah kita putuskan dalam MAT kali ke 17. Ingatlah pesanan Ustaz Amirul Hasim Pengerusi DPMM sesi 2009/2010 yang mengharapkan agar kita semua menjadi pendokong DPMM bukan hanya sekadar penyokong. Ingatlah DPMM adalah persatuan dan ejen penyatuan mahasiswa/wi Islam serta persatuan dakwah dan tarbiyyah Islam, maka sewajibnya kita bantu serta mendokongi DPMM. Buat calon ajkt/h yang kalah jangan kalian rasa kekalahan itu sebagai tanda kegagalan, kalian la insan yang sanggup berkorban serta memberi semangat kepada ahli DPMM untuk menjadi pendokong DPMM. Kalau dilihat pada keadaan tahun sebelum ini, amat sukar kita mencari calon di DPMM, tetapi pada tahun ini ianya sudah menunjukkan positif dan mudah kita mencari calon, bahkan ramai ahli berlumba-lumba yang menginginkan membuat perubahan kerana mereka cintakan DPMM. Buat calon yang menang, ingatlah menjadi pemimpin bukan suatu perkara yang mudah, kalian merupakan imam, sesat imam itu maka sesatlah makmum kalian. Ingatlah menjadi pemimpin bukan hanya mendapatkan tasyrif (kemuliaan) tetapi ianya adalah taklif (tanggungjawab). Saya yakin kepimpinan yang baru ini mampu untuk membuat perubahan kearah positif dan saya mengharapkan jadikan alQuran dan Hadis sebagai sumber rujukan bukan hanya sekadar akal fikiran yang logik sahaja. InsyaAllah saya cuba dengan sedaya mampu saya untuk menjadi pendokong DPMM.
yang berlalu itu kita biar, yang mendatang kita tangani dengan cemerlang.
salam perjuangan,
Muhammad Labib Abd Jalil
No PMRAM : 17700
This entry was posted on 7:50 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments: