Delegasi PMRAM Rehlah Tabadul Thaqafi II Ke Turki selamat berlepas
8:19 AM
| Author:
MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
27 Jun - Peserta-peserta Rehlah Tabadul Thaqafi II Ke Turki dijadualkan berangkat pada jam 1.40 tengahari di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dan kemudian ditunda sejam selepas itu. Presiden PMRAM 2009, saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad telah mengiringi para peserta ke lapangan terbang sebelum mereka berangkat ke Turki. Juga mengiringi beliau, Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan, saudara Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan dan Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah, saudara Muhammad Labib bin Abd Jalil.
Presiden mengingatkan kepada para peserta rehlah supaya dapat mengambil manfaat daripada rehlah tersebut dan bukanlah hanya sekadar pergi melancong. Beliau juga mengingatkan kepada para peserta agar menjaga kesihatan sepanjang rehlah memandangkan jadual perjalanan yang padat ditambah pula dengan virus selesema H1N1 yang semakin menular di Eropah. Beliau menasihatkan kepada peserta rehlah supaya dapat memberi kerjasama sepanjang berada di sana dan setiasa menepati masa yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang permasalahan daripada berlaku.
Pihak PMRAM telah melantik saudara Mohd Hafizul Akhbar Bin Abdul Rahman sebagai ketua rombongan pada kali ini dan juga diiringi oleh Ustaz Muhammad Nafi', wakil Markaz Nil yang akan bertanggungjawab sebagai pemudah cara apabila para peserta tiba di sana. Para peserta rombongan dijadualkan akan tiba semula di Kaherah pada 4 Julai 2009.
sumber: http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=622:presiden-pmram-iringi-keberangkatan-peserta-rehlah-tabadul-thaqafi&catid=1:pmram&Itemid=63
0 comments: