Ummu Waraqah
2:54 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL

Assalamualaikum...

smoga sihat belaka... semalam ketika ana sedang menyiapkan beberapa kerja, tiba2 ade sorang sahabat bertanya kepada ana, ustaz kenal tak ummu Waraqah? So untuk entry kali ni ana akan menceritakan serba sedikit tentang Ummu Waraqah.

Sapa Ummu Waraqah ni???
Beliau adalah putri kepada Abdullah bin al- Haris bin Uwaimar bin Naufal al-Anshariyah. Beliau dikenal dengan kunyah (gelaran yang diawali dengan Abu atau ummu) Ummu Waraqah binti Abdullah atau dikenal dengan Ummu Waraqah binti Naufal, dinisbahkan kepada moyang die.

Beliau ra adalah seorang wanita yang memiliki ghirah (semangat) tinggi terhadap Islam dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah dalam rangka meninggikan kalimat Allah. Oleh kerana itu, beliau tidak terhalang untuk berjihad bersama kaum muslimin dan mendapatkan pahala mujahidin. Tatkala Rasulullah saw hendak berangkat Perang Badar, Ummu Waraqah berkata kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, izinkanlah aku berangkat bersama mu, sehingga aku dapat mengubati dan membantu orang-orang yang terluka di antara kalian, merawat orang yang sakit di antara kalian, dan agar Allah kurniakan diriku syahadah (mati syahid).” Kemudian Nabi saw menjawab, “Sesungguhnya Allah akan mengurniakan dirimu syahadah, tapi tinggallah kamu di rumahmu, kerana sesungguhnya engkau adalah syahidah (orang yang akan mati syahid).”

Beliau ra turut mengumpulkan Alquran al-Karim, dan beliau adalah seorang wanita yang ahli dalam membaca Alquran. Kerana itu, Nabi saw memerintahkan beliau agar menjadi imam bagi para wanita di daerahnya dan Rasulullah saw menyediakan seorang muadzin bagi beliau.

Abdurrahman bin Khalad menceritakan bahwa Rasulullah mengunjungi rumah Ummu Waraqah kemudian memberikan seorang muadzin untuknya. “Aku melihat muadzin tersebut adalah seorang laki-laki yang sudah tua,” tutur Abdurrahman bin Khalad. Sejak itulah keberkatan dalam rumah Ummu Waraqah bertambah. Rumah yang di dalamnya selalu ditegakkan solat lima waktu berjama’ah.

Ummu Waraqah hidup sehingga zaman khalifah Umar al-Khatab. Pada masa itu, Ummu Waraqah memiliki dua orang hamba iaitu seorang lelaki dan seorang wanita. Hamba inilah yang menjaga kehidupan Ummu Waraqah pada usia tuanya. Ummu Waraqah berjanji akan membebaskan mereka berdua apabila dia meninggal dunia.

maka bile hambanya rasa nak cepat bebas, lalu hambanya membunuh Ummu Waraqah, akhirnya Ummu Waraqah berjaya mati syahidah..

hebatnya Ummu Waraqah ni, semangatnya yang perlu dicontohi dan mempunyai cite2 yang tinggi iaitu mati syahid... adakah kite bercita2 nak mati syahid????

|
This entry was posted on 2:54 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On June 27, 2009 at 5:43 PM , ummul mujahidah_90 said...

assalammualaikum..amiin..mudah-mudahan....semoga ana dpt juga contohi semangat ummu waraqah...ketabahan..kekuatan..kecintaan hatinya kepada maha pencipta...amiinn...