Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya
bernama Haji Dol. Apa saja nama bisnes atas muka
bumi ini, dia ada.
Sayang, kekayaan Hj.Dol adalah sebahagian besar
hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.
Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah beribu
hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu
punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar
Hj.Dol berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner
tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise
tarak, satu hari Hj.Dol disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam
Dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Dol
nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan
segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat.
kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain
kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"
jelas Hj.Dol dengan genangan air mata "Kenapa begitu
bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai
kain buruk pula," jawabnya lagi.
Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah,
walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan
wajah sugul, Hj.Dol berbaring dikamarnya. Kain putih
yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap
disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri
Hj.Dol.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum
abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang
nak
melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf
dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj.Dol merenung isterinya lama-lama dan bersuara,
"Baiklah, mari rapat kepadaku" Isteri Hj.Dol terus
menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Dol bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak
dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang
yang
rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."
Isterinya masih ragu-ragu."Apakah abang fikir dosa-dosa
abang
buruk begitu?"
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan
yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir
abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah
kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi
selamatlah abang...."
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Dol terus
terlentang kerana terkejut beghok dengan
penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Ambik le iktibar....
Takde kene mengena samada yang atau yang dah mati..
Sekadar renungan bersama..
0 comments: