Rehlah Tabadul Thaqafi II Ke Turki
12:17 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
pertemuan bersama Ustaz Omar Jusupbekov


22 Jun-Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM 2009, saudara Muhammad Labib bin Abd Jalil, telah menemui Pengurus Besar Markaz Nil, Ustaz Umar Jusupbekov tengahari tadi bagi menyerahkan pembayaran untuk peserta-peserta Rehlah Tabadul Thaqafi II Ke Turki. Pembayaran tersebut dilakukan di pejabat Ustaz Umar Jusupbekov yang berada di Markaz Nil Hayyu 7, juga diiringi oleh Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM 2009, saudara Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan.
Pembayaran sebanyak LE 14000 dan USD 2000 telah diserahkan kepada Ustaz Umar dan seramai 9 orang akan menyertai dalam rehlah kali ini. Program selama seminggu ini, dijadualkan akan bertolak dari Kaherah ke Turki pada 27 Jun 2009, jam 1.40 tengahari dan akan kembali semula di Kaherah pada 4 Julai 2009, jam 11.10 malam.

Ustaz Umar juga menyatakan kepada saudara Muhammad Labib untuk berjumpa dengan seluruh ahli rombongan sebelum mereka bertolak ke Turki pada 25 Jun 2009, jam 2 petang di pejabat beliau di Markaz Nil. Pada perjumpaan tersebut, para peserta rombongan akan diberikan taklimat ringkas serta sesi taaruf ringkas, jelas beliau.

sumber :http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=612:penyerahan-pembayaran-peserta-rehlah-tabadul-thaqafi-ii-ke-turki-2009&catid=1:pmram&Itemid=63
|
This entry was posted on 12:17 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: