Beza PAS dengan UMNO
5:00 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL

Selesai sudah muktamar bagi Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak PAS. Banyak isu yang dibincangkan, lebih-lebih lagi isu kepimpinan, peneraju ulamak dalam kepimpinan tertinggi PAS khususnya Presiden, Tim Presiden dan salah seorang Naib Presiden. Kupasan dari Dewan Ulamak memang cukup menarik, banyak perbahasan ilmiah dibincangkan, motivasi kepimpinan khususnya ulamak-ulamak dalam PAS, seperti ucapan mantan Ketua Dewan Ulamak yang lepas pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pusat kali ke-48, beliau menyeru agar "Ulama memiliki jati diri dengan kelengkapan yang mantap seperti ilmu menerusi tarbiyah dan kemahiran untuk menerajui kepimpinan dan perubahan dalam parti dan negara".

Begitu juga perbahasan didalam Muktamar Dewan Muslimat yang mana banyak perbahasan yang menyuntik semangat dalam berjemaah seperti ucapan perwakilan dari Terengganu berkata, "Untuk menyemarakkan perjuangan, muslimat perlu bekerja dan sebagai pimpinan dan aktivis, muslimat perlu mengubah diri sendiri dahulu bersungguh-sungguh, memantapkan akidah, akhlak dan ibadah bagi mengubah minda Malaysia sekarang".

Tidak ketinggalan juga suntikan semangat dari Muktamar Dewan Pemuda kali ke 50 seperti ucapan terakhir dari mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Saudara Salahudin Ayub "Ada ramai sahabat yang mungkin memuji kita siang dan malam, tapi tidak ramai sahabat yang berani mengkritik kita. Bersabarlah kita dalam menerima teguran dan jangan malu untuk menambah ilmu yang kita ada"

Kalau kita bandingkan dengan Perhimpunan Agung Umno 2009, adakah mereka membincangkan kepimpinan ulamak? adakah mereka membincangkan persoalan jihad untuk Islam? adakah mereka membincangkan soal akhlak, akidah serta ibadah? semua ini amat jauh sekali untuk diperbincangkan, yang banyak diperbincang soal ketuanan melayu. Bahkan dalam perhimpunan tersebut berlakunya rasuah, penyelewengan serta perebutan kuasa. Bahkan ada perwakilan yang memburuk-burukkan pelajar Al Azhar khususnya yang menjadi kepimpinan PMRAM serta ahli PMRAM sehingga mencadangkan agar biasiswa Pelajar tersebut ditarik semula, ini merupakan suatu cadangan yang agak lucu kerana kerajaan tidak memberikan biasiswa kepada mahasiswa/wi yang mengambil pengajian Islam di Uni Al Azhar.

Beza Pemuda PAS dan Pemuda UMNO, jom saksikan video dibawah, kemudian fikir-fikirkan..



|
This entry was posted on 5:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: