Aku Terima Nikahnya
8:28 PM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL


Seperti biasa pada musim cuti persekolahan dan semester, ramailah pasangan yang disatukan di atas nama pernikahan. Di mana-mana saja kita berada ramai yang berbicara tentang pernikahan. Baik dalam khutbah jumaat, kuliah-kuliah agama, usrah, di kedai kopi dan sebagainya.

“Tahniah! Alhamdulillah… Semoga perkahwinan kalian kekal selamanya dan sentiasa di bawah lembayung rahmat Ilahi.”“Barakallahu fi kuma, wa akhraja min kuma hasanan toyyiban” Kpd yg bakal, terus mantapkn ilmu dan iman...

“Anta bila lagi?” “Sheikh,bila ana nak gi walimah anta?” “Ustaz bila nak kawin?”
Hmm.. Barangkali inilah soalan famous yang diterima oleh orang-orang dalam lingkungan umur yg sekarang ni. Bile nak nikah, sudah berpunye ke tidak dan sebagainya. Ia memang tak dapat dielakkan. Banyak benor orang bertanya.

Memang dah menjadi fitrah manusia untuk berpasangan malah Islam menjadikannya lebih bermakna apabila menganggap pernikahan adalah satu ibadah dan apabila orang itu bernikah, dia dianggap telah menyempurnakan separuh daripada penghayatan agamanya. Jauh sekali apa yang dianggap dalam agama-agama lain. Ini dapat dilihat daripada kisah di mana seorang sahabat berasa pelik apabila Rasulullah memberitahu bahawa apabila seseorang itu mendatangai isterinya (bersetubuh), maka dia telah menunaikan ibadah dan mendapat pahala. Sahabat itu hairan kerana pada pandangannya bersetubuh adalah perkara keji yang tidak termasuk dalam perkara ibadah dan agama, apatah lagi mendapat pahala. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidakkah kamu tahu bahawa jika sesorang yang tidak bernikah mendatangi seorang wanita maka dia akan mendapat dosa? Maka sesiapa yang mendatangi perempuan sesudah bernikah sudah tentu mendapat pahala”. Ini menunjukkan bahawa pernikahan adalah sesuatu perkara yang mulia dan mendapat tempat yang tinggi di sisi syariat Islam.

Namun begitu, ada jugak pihak memandang negatif nikah awal. Alasan mereka susah, anak-anak tak matang, nak makan apa nanti, kerja dulu lah lagi baik dan sebagainya. Namun,melihat kepada realiti sekarang, sememangnya masyarakat memerlukan kepada ‘pil pencegah’ dalam menanangani masalah sosial. Pernikahan adalah salah satu daripadanya. Kadang-kadang pelik kepada sebahagian ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka nikah awal, tetapi membenarkan anak-anak mereka ‘berkawan’ dan bercinta dengan pasangan masing-masing. Mana taknya, benda yang halal disekat-sekat, benda haram tak pulak disekat. Kita boleh tengok fenomena ni dalam masyarakat kita, dan mungkin juga berlaku dalam family kita sendiri. Kalau boyfriend nak ‘kelek’ anak kita keluar, boleh saja. Nak gi tengok wayang? boleh saja. Nak berbonceng motor? boleh saja. Nak keluar makan? Boleh saja… Nak nikah? Eh, nanti dulu la. Ni bukan perkara main-main. Korang berkawan dulu la yer.. Boleh pulak kita halang anak kita nikah, kenapa tak halang mereka ‘bercinta’? Kenapa kita halang perkara halal dan benarkan perkara haram? Walaubagaimanapun, tidak dinafikan keperluan pendidikan sebelum berumahtangga untuk menjadi suami dan isteri yang soleh. Sememangnya setiap perkara yang kita lakukan mempunyai sebab dan tujuan. Begitu juga dengan nikah.

UNTUK APA KITA BERNIKAH?

1. Pernikahan menyelamatkan masyarakat daripada penyakit sosial dan akhlak. Ini adalah kerana kecenderungan kepada jantina yang berlawanan hanya dapat dikenyangkan dengan pernikahan yang syari’e dan perhubungan yang halal. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah menyeru kepada pemuda dengan sabdanya : Wahai pemuda, sekiranya kamu mampu untuk bernikah, maka bernikah lah kerana ia mampu menjaga pandangan dan memelihara kemaluan”
2. Perkahwinan memberi pertanggungjawaban kepada lelaki dan perempuan untuk membina generasi baru yang bertaqwa. Ia tidak dapat dilakukan sekiranya pasangan itu hanya bertaraf kekasih. Lihatlah realiti sekarang, berapa ramai perempuan ditipu oleh lelaki setelah segala kehormatannya telah dirobek. Akhirnya perempuanlah yang membesarkan anak dan lelaki hanya berlepas tangan. Berlainan dengan perkahwinan yang meletakkan suami dan isteri untuk memainkan peranan-peranan masing-masing dalam membentuk dan mendidik anak-anak.
3. Pernikahan akan menjadikan setiap orang mempunyai pusat kasih sayang dan kecintaan iaitu pasangannya. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah ar-Rum ayat 21

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..."

(An-Nisa':34)

“Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami, isteri-isteri dan zuriat-zuriat yang menjadi penyejuk mata (yang soleh) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”

|
This entry was posted on 8:28 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: