terjah rumah Pengerusi DPMD
terjah rumah Pengerusi DPMDsetelah habis exam, saya tidak berkesempatan untuk meng'update'kan blog ini, almaklumlah bz yang teramat sangat..pada entri kali ini saya hendak mengucapkan 3 tahniah..
Pertama ucapan tahniah kepada akhi Abdul Kadir yang telah mengakhiri zaman terunanya dengan ikatan pernikahan dengan pasangannya Syaidatul Syakila (kalau x silap nama).
Kedua ucapan tahniah kepada PMRAM yang telah berjaya menganjurkan program bersama Syeikh Fadhil Al Tilani Al Jailani satu-satunya "pentahqiq" Tafsir Jailani.
Ketiga ucapan tahniah kepada DPM Mansurah kerana berjaya menganjurkan Bazaria 10 dengan meriahnya.

KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.
Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.
Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.
Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.
Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.
Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.
Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.
Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.
Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.
“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.
“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.
“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.
sumber harakahdaily.net
Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semoga kedatangan tahun baru hijrah dapat memberikan faedah dan pengertian yang bermakna dalam hidup kita supaya kita semua menjadi hamba yang bertakwa kepada Allah swt.
إن أكرمكم عند ألله أتقاكم
“ Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu di sisi ALLAH adalah orang yang paling bertaqwa “ Suruh Al Hujurat Ayat 13.
Marilah kita sentiasa mentajdidkan niat kita agar kita menjadi manusia yang cemerlang dan berguna kepada keluarga, masyarakat dan Islam. Bukan menjadi insan yang suka menjadi duri dalam daging yang suka memusnahkan kehidupan sesama Islam. Kerana setiap apa yang kita lakukan akan disoal diakhirat kelak. Firman Allah swt:
وابتغ فيمآ ء آتاك الله الدار الأخرة ولا تنس نصيبك من الدنيا
Maksudnya “ Dan carilah dengan apa yang telah ALLAH datangkan untuk kehidupan Akhirat dan jangan kamu lupa nasib kamu daripada dunia “ Surah Al Qasos ayat 77.
Selamat menyambut tahun baru Islam
Dari:
Muhammad Labib B. Abd Jalil
Nur Asyikin Bt Abdul Hamid
Tatkala keboringan diwaktu hening malam yang sunyi selepas membelek kitab seperti biasa ana bermain internet, so belayarlah ana menuju beberapa destinasi ilmu dgn menggunakan hujung jari, akhirnya ana terbaca satu destinasi yang punya entri tentang us dzul khairi ex pres GAMIS bina masjid.. Bila lihat wajah us Dzul ana teringat kali pertama bertemu diwaktu sama2 menjadi penceramah di UTHM pada ramadhan bru2 ni, cume us dzul sesi pagi ana sesi ptg so sempat ana mendgr ceramahnya. dari segi raut wajahnya pada pandangn pertama mcm garang, serius dan syadid tp bile dgr ceramahnya lawak juga.. mungkin blum terlmbt utk ana dan zaujah mengucapkan selamat pengantin baru moga bahgia, dimurahkan rezki dan trus istiqomah dgn perjuangan...
Firman Allah SWT: maksudnya;
Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya. Firman Allah SWT: maksudnya;
“Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahaja dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya.” (al-Mu’minun: ayat 115-116)
Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya. Orang yang telah ditarik oleh cahaya hidayah-Nya. Mereka telah meneroka dengan pandangan mereka segala kabus yang telah menutup kealpaan dan kelalaian mereka selama ini. Seterusnya mereka tahu akan marhalah-marhalah perjalanan dan melangkah menuju ke matlamatnya. Firman Allah SWT: maksudnya;
“Maka segeralah kembali mentaati Allah . Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmmu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan (Ilah) yang lain di samping Allah.Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu.” (az-Zariyat: ayat 50-51)
Apa sahaja yang menyebabkan manusia terpesong daripada sampai kepada-Nya, atau mengubah serta menyelewengkan manusia daripada menghadap-Nya, atau memisahkan manusia daripada bergantung serta berharap kepada-Nya, sama ada berupa hawa nafsu yang menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka semua itu adalah ilah-ilah selain daripada-Nya. Firman Allah SWT: maksudnya;
"Kedua-dua jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya".
“Maka apakah orang-orang yang beriman sama dengan orang-orang yang fasiq (kafir)? Mereka tidak sama.
“Apakah patut Kami jadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (al-Qalam: ayat 35-36)
“Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh sama dengan orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Patutkah pula Kami menganggap orang- akupun termasuk orang-orang yang menunggu bersama kamu”. Kemudian Kami selamatkan para Rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajipan atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”(Yunus: ayat 102-103)
Sesungguhnya hati itu berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Firman Allah SWT: maksudnya;
“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”(Yusuf: ayat 21)
Firman Allah SWT dalam al-Hadith al-Qudsi (yang bermaksud):




.jpg)



