
salam for all,
Firman Allah swt:
Kesungguhan ini sepatutnya perlu dicontohi oleh semua umat Islam khususnya muda mudi.
Masalah gejala sosial dan pergaulan bebas bukan satu perkara yang baru dan ianya sangat sukar dibendung. Masalah ini bukan hanya merebak dikalangan manusia yang tidak punya didikan agama, bahkan ianya merebak dikalangan manusia yang punya didikan agama yang cukup mantap. Terbaru pada malam valentine day, PMRAM telah membuat operasi mengajak kepada makruf dan jauhi kemungkaran.Operasi ini telah dibantu oleh Unit Hisbah PMRAM bersama-sama dengan jawatankuasa Unit Hisbah serta beberapa orang Badan Pengurus PMRAM termasuk Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz terlibat dalam Operasi Valentine Day (Ops Valentine).
Hal ini membuktikan pihak PMRAM sangat serius dan komited dalam mengekang gejala sosial yang kian membarah dikalangan mahasiswa dan mahasiswi Malaysia sama ada Pengajian Islam mahupun Perubatan.
Dalam Ops Valentine tersebut, terdapat sebilangan pasangan yang dilihat di beberapa tempat serta tindakan telah diambil oleh pihak PMRAM dengan memberikan nasihat dan amaran serta mengedarkan risalah kepada mereka yang terbabit. Hal ini menunjukkan bahawa masalah sosial sangat parah merebak dikalangan anak muda mudi Islam bahkan ianya merebak dikalangan mahasiswa mahasiswi pengajian Islam di Mesir.
Sebagai mahasiswa Islam saya mengharapkan agar kita semua sedar bahawasanya kita adalah mahasiswa yang merupakan insan yang terpilih bakal menjadi agen perubah masyarakat, amat malang jika kita tidak punya kesedaran untuk berubah dari masalah gelaja sosial, kerana tanpa perubahan dan kesedaran kita akan gagal dalam menjadi agen perubah masyarakat.
terjah rumah Pengerusi DPMDsetelah habis exam, saya tidak berkesempatan untuk meng'update'kan blog ini, almaklumlah bz yang teramat sangat..pada entri kali ini saya hendak mengucapkan 3 tahniah..
Pertama ucapan tahniah kepada akhi Abdul Kadir yang telah mengakhiri zaman terunanya dengan ikatan pernikahan dengan pasangannya Syaidatul Syakila (kalau x silap nama).
Kedua ucapan tahniah kepada PMRAM yang telah berjaya menganjurkan program bersama Syeikh Fadhil Al Tilani Al Jailani satu-satunya "pentahqiq" Tafsir Jailani.
Ketiga ucapan tahniah kepada DPM Mansurah kerana berjaya menganjurkan Bazaria 10 dengan meriahnya.

KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.
Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.
Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.
Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.
Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.
Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.
Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.
Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.
Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.
“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.
“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.
“Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.
sumber harakahdaily.net
Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semoga kedatangan tahun baru hijrah dapat memberikan faedah dan pengertian yang bermakna dalam hidup kita supaya kita semua menjadi hamba yang bertakwa kepada Allah swt.
إن أكرمكم عند ألله أتقاكم
“ Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu di sisi ALLAH adalah orang yang paling bertaqwa “ Suruh Al Hujurat Ayat 13.
Marilah kita sentiasa mentajdidkan niat kita agar kita menjadi manusia yang cemerlang dan berguna kepada keluarga, masyarakat dan Islam. Bukan menjadi insan yang suka menjadi duri dalam daging yang suka memusnahkan kehidupan sesama Islam. Kerana setiap apa yang kita lakukan akan disoal diakhirat kelak. Firman Allah swt:
وابتغ فيمآ ء آتاك الله الدار الأخرة ولا تنس نصيبك من الدنيا
Maksudnya “ Dan carilah dengan apa yang telah ALLAH datangkan untuk kehidupan Akhirat dan jangan kamu lupa nasib kamu daripada dunia “ Surah Al Qasos ayat 77.
Selamat menyambut tahun baru Islam
Dari:
Muhammad Labib B. Abd Jalil
Nur Asyikin Bt Abdul Hamid







