Alhamdulillah kuliah fasa yang kedua ni ada dua subjek yang membincangkan berkenaan nikah, pertama fiqh munakahat kedua hadis nikah, insyaAllah saya akan berkongsi bersama-sama para pembaca berkenaan ilmu yang saya pelajari.
Sebenarnya nikah ini sangat dituntut, kerana dalam pandangan Islam, perkahwinan merupakan ibadah qurbah (mendekatkan diri) kerana dengan perkahwinan seorang muslim akan mendapat ganjaran dan pahala dari Allah apabila perkahwinan itu dilakukan dengan niat kerana Allah dan ingin bertujuan untuk menjaga diri dari hal yang diharamkan oleh syariat.
وفي بضع احدكم صدقة. قالوا: يا رسول الله, أيأتي أحدنا شهوته ويكون له فيها أجر؟ قال: "أرأيتم لو وضعها في حرام, أكان عليه وزر؟" قالوا نعم. قال : فكذالك اذا وضعها في حلال. كان له أجر
رواه مسلم داود و أحمد
"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah" para sahabat pun bertanya, "wahai Rasulallah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu seksualnya (kepada isterinya) memperolehi pahala?" Nabi bertanya balik kepada sahabat, "Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu seksualnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa?" mereka menjawab "betul". Kemudian Rasulullah bersabda, "Demikian juga ia menyalurkan pada tempat yang halal, maka ia akan memperolehi pahala."
Hadis ini cukup jelas menunjukkan bahawa perkahwinan itu merupakan ibadah. Bahkan Rasulullah pun berkahwin seharusnya sebagai umatnya kita juga perlu berkahwin kerana ia merupakan wasilah qurbah kepada Allah.
Kenapa kita perlu kahwin??
banyak hikmahnya dalam perkahwinan antaranya:
* Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman
* Memelihara kesucian diri
* Melaksanakan tuntutan syariat
* Menjaga keturunan
* Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran
yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa
perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak
bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium
yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak
* Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
* Dapat mengeratkan silaturahim.
Sekiranya kita tidak berkahwin???
Kita akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan juga ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
antara kami berempat sapa yang kahwin dulu???jom kahwin..hehe
0 comments: