Buat remaja..
6:37 PM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
PERSAHABATAN


Memilih Kawan

Sebelum menjalin persahabatan, anda perlu pastikan siapakah yang anda ingin sebagai kawan. Kebanyakan orang suka mendapat kawan yang gemar melakukan perkara yang sama dengan apa yang mereka lakukan. Ia tidaklah bermakna anda perlu betul-betul sama antara satu sama lain, cuma anda gemar melakukan banyak perkara yang sama.

Jika anda berminat dengan sukan, anda mungkin inginkan kawan-kawan yang suka bermain permainan yang sama dengan anda. Begitu juga, jika anda suka membaca buku, anda mungkin akan lebih tertarik dengan rakan-rakan yang suka membaca. Menubuhkan kelab buku adalah langkah yang baik bagi mendapatkan kumpulan rakan-rakan yang dapat berkongsi minat dengan anda.

Fikirkan tentang perkara yang anda gemar lakukan dan cuba bercakap dengan rakan sekelas tentang kegemaran anda ketika waktu makan atau rehat. Anda akan dapati sekurang-kurangnya seorang yang tertarik dengan perkara sama yang menarik perhatian dan minat anda.



Menjalin Persahabatan

Cara yang paling cepat menjalin persahabatan ialah dengan senyuman. Apabila anda tersenyum, orang lain akan fikir yang anda seorang yang suka berkawan (friendly) dan mudah diajak berbual. Mungkin pada awalnya memang agak sukar untuk memberikan senyuman. Tetapi, anda boleh berlatih di hadapan cermin. Apabila anda melihat diri sendiri, fikirlah samada anda lebih rela bercakap dengan wajah anda yang tersenyum atau wajah biasa anda, yang mungkin kelihatan menakutkan dan marah.


Cara yang paling mudah untuk memulakan perbualan dengan seseorang ialah memperkatakan sesuatu yang baik tentang dirinya. Sebagai contoh, anda boleh komen tentang jawapan yang terbaik terhadap soalan yang diberikan guru, permainan yang hebat di padang bola, pakaian yang cantik dsb. Fikirkan tentang bagaimana gembiranya anda apabila seseorang bercakap sesuatu yang baik tentang diri anda. Tidakkah ia membuatkan anda ingin terus bercakap dengan orang berkenaan?


Tanyalah rakan baru anda soalan tentang diri mereka. Siapakah penyanyi kegemarannya, di mana dia tinggal, siapakah gurunya, apa yang dilakukan selepas waktu sekolah adalah anda soalan-soalan yang sesuai ditanya untuk memulakan perbualan.


Pastikan anda mempunyai sesuatu untuk diperkatakan. Apabila seseorang bertanya sesuatu kepada anda, berikan jawapannya. Jika anda tidak tahu siapa idola anda atau apakah hobi anda, fikirkan. Tiada apa yang akan menghentikan perbualan lebih cepat selain daripada jawapan dengan mengangkat bahu.


Orang yang pemalu biasanya mengalami masalah dengan pujian. Apabila seseorang berkata sesuatu yang baik, sipemalu biasanya akan kaku dan kelu untuk berkata-kata. Ini menyebabkan pihak yang mengatakannya tertanya-tanya sekiranya dia telah mengatakan sesuatu yang salah. Jawapan yang terbaik dan paling mudah terhadap pujian yang diberikan ialah "Terima Kasih."


Jadilah kawan. Orang yang memperlihatkan minat terhadap orang lain dan orang yang baik dan mesra adalah sahabat yang baik. Ingat semua orang ingin bersama dengan orang yang suka melakukan sesuatu yang sama dan orang yang bersikap baik terhadap mereka.


Aktiviti. Selepas anda mendapat beberapa kawan yang berkongsi minat yang sama, melakukan sesuatu aktiviti secara bersama akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Menjemput rakan-rakan ke rumah anda adalah cara yang baik bagi menjadikan persahabatan semakin akrab.

Jika anda tahu permain yang kawan anda suka, anda boleh merancang melakukannya bersama.

Jika anda dan rakan anda sukakan aktitivi luaran, fikirkan sesuatu yang ada di persekitaran rumah yang anda boleh aturkan untuk dibuat di luar.

Pastikan aktiviti tersebut boleh dilakukan bersama. Mungkin anda dan rakan sukakan permainan komputer, tetapi aktiviti ini lebih baik jika dilakukan bersama kawan yang anda telah kenal lama. Apabila anda bermain permainan komputer, pasangan anda akan hanya melihat anda bermain tanpa berbuat apa-apa. Ini tentunya tidak menyeronokkan.
|
This entry was posted on 6:37 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: