Sibawaih Pelopor Ilmu Nahu
12:01 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
Seorang ulama daripada bangsa Farsi yang telah banyak memberi sumbangan kepada Islam beliau adalah Abu Bashru Amru Bin Usman Bin Qanbar, beliau dilahirkan di Baido sebuah kota yang paling besar di Kuroh Istokhor, Ahwaz Farsi (Iran), kemudian keluargnya berhijrah ke Basrah (Iraq). Tinggal dan membesar di Basrah, beliau amat tekun mununtut ilmu dengan ulama disekitar Basrah ilmu yang mula dipelajari hadis, feqah dll kemudian beralih pengjian kpd ilmu nahu kerana sebab kesilapan dan teguran drpd gurunya dlm membaca matan hadis (laisa abu darda')yang disangkanya (abu isim laisa) tetapi abu disitu istisna maka dinasabkan kata gurunya hammad b. salamah. Daripada peristiwa itu beliau terus-menerus bersungguh supaya tidak berlaku lagi kesilapn seprti itu.

Gelaran berliau Sibawaih, ulama2 terdahulu gelaran kalima Farsi yang tersusun drpd "sib" epal, "waih" wangian, sesetengah ulamak dahulu jgk memberi makna "si" 30, bawaih wangian iaitu ibn Askari.

kata imam suyuti, 3 org yg di gelar sibawaih iaitu;
1.Abu bakar alkindi Misri
2.Abu Nasr Al Asfahani
3.Abu HAsan Alkufi Al Maghribi Al MAliki

perwatakan @peribadi beliau seorang pemuda yang bersih , segak, tulisanya amat lancar drpd lidah nya, beliau drpd golongan@ tobaqot keempat dikalangan ulama basrah, serta tempat rujukan penggemar nahu, bahkan seorang ulama Basrah yang tiada tandingan pada waktu@ ketika itu.

Guru2 nya amat sayang kpd beliau kerana kecerdikanya, diantara gurunya;
1-Muhammad b. Salamah b. Dinar
2-Akhfash Kabir
3- Yaaqub b. Ishak

Sahabat2 beliau antaranya;
1-Abu Qaid Muarrikh b. Amru
2-Ali b. Nasr
3-Abu Hasan an Nadhru

murid2 nya;
1. Abu Hasan Akhfash
2. Qatrab
3-An Nashi

Kematian beliau
Ketika Sibawaih ingin menuju ke Baghdad pada ketika pemerintahan Harun ar Rashid, menteri nya pada ketika itu Yahya b. Khalid al Barmaki yang mana berlaku perdebatan ilmu amat hangat ketika itu, Harun ar Rashid juga amat menggalakkan kemajuan ilmu pengetahuan sama ada di ambil drpd islam itu sendiri atau di cedok drpd terjemahan negara luar samada farsi, yunan dsbgnya. Maka berlakulah perdebatan diantara Sibawaih ketu ulama Basrah dan Kisaii ketua ulama kufah yang masing2 mempunyai mazhab@ pendapat tersendiri antara 2 madrasah di dar Arrashid @ di al Baramikah.

Sebelum itu Sibawaih ditemukan dgn sahabat Kisaii seperti Ahmar,Hisham, Farra'. Maka mereka berdebat sebelum bertemu dgn Kisaii, seolah tujuannya untuk menumpulkan ketajaman Sibawaih apabila berhadapn dengan kisaii. Kemudian berdebat lah Sibawaih dgn Kisaii pada satu masaalah yg amat mashur iaitu masalah Azzamburiah(masalah lebah).

Kata sibawaih "saya menyangka kala jengking lebih pedih sengatannya drpd lebah maka (.........) (domir ganti nama) . Ulama berpendapat@ berpegang hujjah Sibawaih lebih kuat dan tepat drpd Kisaii. Tetapi tekanan penyokong Kisaii menyebabkan Sibawaih tersempit seolah2 bukan lah munazhoroh ilmiah tetapi ia adalah semata2hendak menzahirkan siapa yang lebih hebat@handal. maka menteri memberi kpd beliau 10,000 dirham kerana menceburkan diri dlm perbincangan itu.

Meninggalkan baghdad
Kerana kesedihan yang amat sangat beliau menuju ke Ahwaz tempat beliau lahir dan banyak khilaf berkenaan tempat Sibawaih meninggal dunia, antaranya di Ahwaz,@ shiraz@ siwah, begitu juga banyak khilaf berkenaan tarikh kematian 171, 177, 180, tetapi pendapat yang paling rajih pada 180 hijrah,umurnya lebih kurang 30 thn khilaf ulama.

Kitab Sibawaih
Akibat drpd kematian yang mengejut beliau tidak sepat menamakan kitab lalu ulama menamakan kitab Sibawaih @ Quran Nahu. kitab nya seolah2 hidup dan terus dimanfaatkan drpd selepasnya kemtianya berkurun2 generasi hingga sekarang. Penerimaan kitab beliau sehinggalah ke Andalusia yang banyak melahirkan ulama pada zaman Umawiyyah.
sebelum kitab beliau tidak ada kitab yang khusus membicarakan masalh @ qaedah nahu yang sempurna, bermula drpd kitabnya lah pelopor dan terhasil banyak kitab2 lain terhasil.
beliau jgk banyak mendatangkan syahid drpd Quran , syair dan sebagainya untuk menguatkan qaedah yg didatangkan.

Ramai ulamak yang kagum dengan kehebatan Sibawaih, antaranya berkata seorangan ulamak Mazani;

"sesiapa yang yang ingin mengarang kitab besar dlm ilmu nahu hendaklah dia malu dgn apa yang dihasilkan oleh sibawaih".

|
This entry was posted on 12:01 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On July 12, 2018 at 8:44 PM , Unknown said...

ayam tarung birma sampai mati

 
On July 15, 2018 at 9:39 AM , Unknown said...

Mau Banyak Bonus?, Yuk Gabung Disini >> www.s128.net

 
On January 4, 2019 at 6:32 PM , susuultra023 said...

Mau yang lebih ????? ayam tarung