Perlunya kita berjemaah.
6:11 AM | Author: MUHAMMAD LABIB ABD JALIL
Hidup berjemaah membawa keberkatan

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٠٤)

"Hendaklah di antara kamu, ummat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada maaruf dan melarang dari mungkar dan mereka itulah yang menang" surah Maidah ayat 104.


Rasulullah saw telah menjalankan tugas ini sebagaimana yang dipertanggungjawabkan oleh Allah swt iaitu menyeru manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari keburukan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang meninggalkan berjemaah walau sejengkal, maka dia telah merungkai ikatan Islam dari tengkuknya.” (Riwayat At-Turmuzi, Hakim dan Ibn Hibban)


Hendaklah kau bersama dengan jemaah orang-orang Islam dan imam mereka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Allah tidak akan menyatukan umatku dalam kesesatan. Sesungguhnya tangan Allah bersama dengaan jemaah. Siapa yang berasing diri, maka dia berasing diri dalam neraka.” (Riwayat At-Turmuzi)


Dalil-dalil di atas merupakan penegasan setiap individu Muslim merupakan golongan yang mengambil tempat Rasulullah saw.


Persoalannya ialah apakah maksud berjemaah dalam dalil-dalil seperti di atas?


Para ulama telah mengertikan jemaah dalam dalil-dalil syara’ dengan beberapa erti berikut:

1. Ia bermaksud masyarakat Islam yang ramai (As-Sawad Al-A`azam).

2. Ia bermaksud para ulama mujtahidin.

3. Ia bermaksud para Sahabat secara khusus.

4. Ia bermaksud jemaah orang Islam dibawah kepimpinan seorang pemimpin.

5. Ia bermaksud jemaah umat Islam keseluruhannya (Ahl Al-Islam).

Allah taala menjamin bahawa para ulama Islam tidak akan sama sekali bersepakat dalam kesesatan.

Ini adalah pandangan Imam Al-Bukhari dan ramai ulama Usul dan Salaf. Imam Al-Bukhari menulis satu tajuk dari bab di dalam bukunya;

“Bab ‘dan demikian itu kami jadikan kamu satu umat pertengahan’ dan apa yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w untuk melazimi jemaah, iaitu ahli ilmu”


At-Turmuzi berkata:

"Dan tafsir jemaah disisi ahli ialah ahli fiqh, ilmu pengetahuan dan Hadis.


Al-Kirmani berkata;

“Ketentuan perkara dalam melazimi jemaah ialah wajib bagi seorang mukallaf untuk mengikuti apa yang telah

diijma’ oleh para mujtahidin.”


Berada dibawah kepimpinan ulamak adalah terjamin dari kesesatan

Manakala jemaah orang Islam dibawah kepimpinan seorang pemimpin, merujuk kepada sekumpulan masyarakat

Islam yang apabila telah bersetuju untuk berada dibawah satu kepimpinan politik dalam sebuah negara atau pemerintahan. Maka tidak boleh berlepas diri dari taat setia (bai`ah) yang diberikan kepada pemimpin itu.

Manakala yang dimaksudkan jemaah umat Islam keseluruhannya (Ahl Al-Islam). di sini ialah bersama dengan umat Islam dalam anutan agamanya, tidak berjemaah bermaksud tidak menganut Islam dan meninggalkan berjemaah bermaksud murtad dari agama.

Jemaah dalam erti satu struktur politik iaitu apabila satu masyarakat Islam yang telah bersepakat ke atas satu kepimpinan dan pemerintahan.

Mereka telah bersetuju untuk memberi taat setia (bai`ah) kepadanya. Jemaah ini boleh dalam satu masa hilang dan tidak wujud. Termasuk di sini ini ialah kuasa politik Islam di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w semasa hidupnya dan sebuah negara Islam.

Rasulullah saw bermaksud:

“Sesiapa yang melihat sesuatu yang dibenci dari pemimpinnya, hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya

sesiapa yang keluar dari jemaah sejengkal maka matinya seumpama mati jahiliyah.” (Riwayat Al-Bukhari &

Muslim)

Maksud dari Hadis diatas perlunya kita berjemaah.

Rasulullah saw bersabda

“Hendaklah kau bersama jemaah orang-orang Islam dan pemimpin mereka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).


Apakah ciri-ciri jemaah yang dikehendaki??


1. Jamaah yang meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangun semua

ummah, dapat membebaskan semula golongan mustadh’afin dan menyelamatkan dunia dari

kehuru-haraan dan kehancuran.


2. Jamaah yang lahir di atas kesedaran sendiri. Tidak dipengaruhi oleh mana-mana golongan sama ada

timur ataupun barat. Lahirnya kerana tuntutan Al Qur’an dan As-Sunnah.


3. Jamaah yang meyakini akan kesejagatan Islam.


4. Jamaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh.


5. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah perjuangan ummat Islam iaitu

Jamaah yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.


6. Jamaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat keterbukaan yang boleh menyatukan

para anggotanya pada prinsip dan dasar sekalipun mereka berbeza di dalam masalah furu’.


7. Jamaah yang terdapat di kalangan anggotanya sifat-sifat Hizbullah. Di antara sifat-sifat itu ialah

seperti berikut :
a) Cintakan Allah dan Allah cintakan mereka.
b) Merendah diri sesama mukmin.
c) Bersikap tegas dengan orang-orang yang tidak mukmin.
d) Berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencelanya.
e) Memberi kesetiaan kepada Allah, RasulNya dan para Mukmin.
f) Mendirikan solat.
g) Menunaikan zakat dan
h) Sentiasa ruku’ kepada Allah.


8. Jamaah yang berjuang secara amali, tidak hanya teori semata-mata dan ia turun ke medan tidak hanya di tempat-tempat yang tertentu sahaja.

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip gerakan Islam seperti yang dibentangkan di atas, maka dapatlah kita membuat keputusan bahawa mana-mana gerakan Islam yang wujud mestilah mempunyai asas dan matlamat penubuhannya. Ia ditubuhkan di atas kesedaran sendiri, bukan di dorong oleh rasa tidak puas hati kepada gerakan Islam yang lain yang telah sedia ada.


Untuk lebih lanjut boleh baca 10 wasiat imam Hassan Al Banna.

|
This entry was posted on 6:11 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: